Wednesday, 18 July 2018




Suatu ketika di Paris

Perjalanan dengan coaster dari Mulhouse ke Paris mengambil masa beberapa jam..bersama ribuan kenderaan di lebuhraya utama.

Mulhouse ke Paris



Penginapan di Paris.

ResidHome ..kami menginap di sini






dining hall Residhome Paris















Lavallee Village, Paris

Bagi ramai pelancung, melawat Paris, sudah tentunya akan singgah di sini. Kedudukan nya bukan lah didalam kotaraya Paris, namun kira-kira 40 KM di luar Paris. Ada bas khas bagi pelancung yang menetap di Paris, untuk melawat dan membeli belah di Lavallee Village Designer Outlet ini. Pada pemerhatian saya, pusat belibelah ini sama seperti premium outlet di Malaysia seperti Johor Premium Outlet, Mitsui Premium Outlet atau Genting Premium Outlet.

Lavallee Village


Louis Vuitton Paris

Apabila berada di Paris, apakah perkara yang tidak boleh di lepaskan bagi wanita?..ha..ha.. tentu lah masuk gedung terkemuka LV. Bagi kami, Tom membawa kami ke gedung LV yang paling utama di Paris, dimana di sini juga lah selebriti utama seperti DS Vida beli keperluan LV nya..ha..ha.

3 happy ladies.ha..ha..

best kannn..

Eiffel Tower

Mercu tanda utama negara Perancis ini sudah pasti akan di abadikan dalam lensa kamera semua pengunjung kota Paris. Menjejakkan kaki dilaman menara ini, keindahan nya tidak lah seperti yang di gambarkan dalam filem. Sewaktu musim panas ini, rumput di halaman menara sudah rosak teruk kerana kehadiran begitu ramai pelancung. Apa pun sempat lah juga abadikan beberapa saat indah di Eiffel Tower.



This is Paris






Thursday, 4 January 2018

Mulhouse - Mount Titlis - Interlaken - Mulhouse


Dari hotel penginapan di Mulhouse, jam 7 pagi coaster kami dah bergerak menuju lokasi pelancongan di negara Switzerland. Tempat yang di tujui ialah Mt Titlis dan juga bandar peranginan Interlaken. Memasuki negara Swiss, perjalanan adalah melalui lembah antara bukit dan gunung yang meliputi hampir seluruh negara ini.


Walaupun di musim panas, puncak gunung masih lagi diliputi putih salji. Jalanraya adalah diantara tebing curam, ada kalanya di atas jambatan dan ada kalanya sebagai terowong menembusi bukit dan gunung.


Untuk berada di puncak Titlis, semua pengunjung perlu menaiki gondola @ kereta kabel. Kami tiba waktu pagi dimana belum ramai pengunjung menunggu giliran menaiki gondola.

Tiada bezanya gondola ini dengan apa yang ada di Genting Highland. Senario pemandangan... memang wow. Subhanallah..
Gondola menuju puncak Mt Titlis

He..he.. SRK pun ada ..

di puncak Mt Titlis bersama Datin CT dan Amie

kami sambut hari kebangsaan Malaysia di Mt Titlis


Bagusnya negara Mat Salleh ni selalunya bersih, dan pengunjung juga tahu nak jaga kebersihan.


 Beberapa minit kami sampai ke puncak Mt Titlis.

Dari Mt Titlis, kami bergerak ke Interlaken. Ramai juga rider Mat Salleh dengan Harley D konvoi ke Interlaken. Beberapa jam di sini saya cuma cuci mata aje lah.. branded item tu memang banyak, harga pun lebih dari tempat lain.

Lunch hari ni makan pizza di restoran orang Arab. Ada juga sebuah restoran India dengan menu makanan berempah dan sebagainya.

Perjalanan balik ke Mulhouse, pemandu coaster kami, Tom, memandu melalui jalan di tebing tasik, bersebelahan dengan laluan keretapi. Memang cantik.

Interlaken

Golden Tulip Hotel, Mulhouse


Tuesday, 9 May 2017



Charleroi ke Mulhouse

Saya sudah lama jumpa atau terbaca nama Charleroi ini di media, kerana sering mengikuti liputan sukan bolasepak Belgium. Hari ini, selepas beberapa jam di Brussels, coaster kami akan menuju ke Charleroi dan akan bermalam di sana. Dijangka kan esok kami akan menuju Mulhouse, bandar sempadan Perancis dengan Switzerland, dengan jarak memandu 410 km.

Van Der Valk Hotel Charleroi
Lewat petang coaster kami tiba di hotel penginapan iaitu Van Der Valk Hotel Charleroi Airport. Hotel ini berdekatan lapanganterbang, di gemari oleh pelancong transit, namun bising sedikit dengan bunyi kapalterbang. Pengalaman pertama bagi saya menginap di bilik hotel yang tiada aircond di musim panas ... malam tu tidor tak tutup pintu. Mujur lah di tingkat 3.

Hj Sharkawi dan keluarga, sahabat grup kami sarapan di Van Der Valk

Selepas sarapan, kami bersedia untuk menuju Mulhouse. tetapi akan singgah di beberapa lokasi istimewa dalam perjalanan tersebut.

perjalanan melalui Luxembourg

di Mc Griffith Designer Outlet, Luxembourg.
Merentasi negara Luxembourg, kami singgah di Mc Griffith Designer Outlet, ala ala premium outlet di Malaysia la. Harga barangan di sini ada yang jauh lebih murah dari harga di Ashford atau di Malaysia sendiri. Walupun murah, saya tidak memerlukan nya seperti jam tangan, pakaian sukan, pakaian branded banyak lah di sini.

Perjalanan di teruskan menuju Mulhouse. Tour guide kata oleh kerana ada banyak masa, dia bawa kami ke tempat tiada dalam itinerary, iaitu melawat Lake Titisee, di wilayah Breisgau-Hochschwarzwald, Jerman.

Lake Titisee



Lake Titisee 




Thursday, 20 April 2017


Brussels yang ku lihat

Perjalanan dari Amsterdam ke Brussels tidak lah jauh. Jalanraya yang rata menjadikan trip itu seperti 'rest and relax' sahaja. Apa yang ada di Brussels itu? Dari brosur yang di berikan tour guide, kami akan menuju ke Mini Europe. Sebelum jam 10 pagi, dah sampai di hadapan parkir Mini Europe. Ada la juga beberapa buah bas telah sampai awal dari kami.

Mercu tanda bagi Brussels ini ialah suatu binaan futuristik yang lebih di kenalai dengan Atomium. Mini Euro terletak bersebelahan dengan tapak binaan mercu tanda ini.

di hadapan Atomium 


makan tengahari di Brussels

salad dan kebab menu tengahari

Add caption
Di kalangan pelancung dan pengembara , jika sampai Brussles, apa tanda bukti nya? ha..ha.. inilah yang di sebut Manneken Pis..

Manneken Pis..patung budak kecil kencing berdiri yang menjadi landmark bandar Brussels
dataran Brussels









Tuesday, 31 January 2017


ZaanseSchans, Volendam dan Amsterdam

Sebelum jam 8 pagi kami sudah meninggalkan hotel di Antwerp, menuju ke Belanda. Tujuan hari ini ialah tiga bandar tersebut diatas. Jalanraya yang rata, tidak terasa jarak sesuatu perjalanan. Apa yg dapat saya katakan, tanah disekitar negara Belanda ini, berpaya. Sana sini terdapat terusan air dan terdapat ribuan burung itik air yang hidup bebas di merata tempat. 

menuju Amsterdam dari Antwerp
Dalam 1 jam perjalanan, kami sampai ke pusat pelancungan ZaanseSchans. 





terompah kayu gergasi 




















bersama sahabat trip

Di sini kami berjumpa dengan grup dari Malaysia juga. Maka bising lah jugak jadi nya. Macam kat M'sia plak kitorang.


















Dari sini, coach kami bergerak menuju ke bandar Volendam, kira kira 20 minit  perjalanan jaraknya. Volendam adalah sebuah bandar kecil, pada asasnya sebuah perkampungan nelayan. Akan tetapi nelayan Belanda tidak lah seperti nelayan kita. Mereka mempunyai peralatan yang lebih baik. Maka tidak lah nampak mereka itu seperti daif dan serba kekurangan.

kedai cenderamata di Volendam













Volendam telah menjadi tumpuan pelancung yang melawat Belanda.
rumah nelayan yang di hias indah 
  Kawasan ini tiada restoran halal. Namun ada seorang peniaga beragama Islam yang menjual makanan secara kiosk, menjual makanan seperti sandwich, kentang goreng dan air minuman. Saya dan isteri tiada masalah kerana telah bersedia dengan nasi goreng Brahim yang sempat di panas semula di hotel subuh tadi.
makan nasi goreng Brahim di Volendam
Dari Volendam, kami bergerak menuju Amsterdam. Sekarang ini musim panas, maka tiada lah himpunan bunga tulip yang menjadi ikon negara Belanda. Apa pun, kami dah rasai himpunan tulip semasa musim bunga di Istanbul...he..he..

Kini kami tiba di Amsterdam.



diatas bot semasa melalui beberapa terusan di tengah bandar Amsterdam
penginapan di Amsterdam, Hotel Noordwijk

Hotel Noordwijk ini tiada air-cond. Cuaca sepanjang tahun adalah nyaman an tidak memerlukan hawa dingin. Cuma, kali ini musim panas nya lebih daripada biasa, menyebabkan kami kepanasan malam itu. Itu la kan...jauh berjalan, banyak pengalaman..Esok kami akan bergerak ke Brussels, ibu negara Belgium. Jadi malam ini perlu rehat. 




 

Tuesday, 22 November 2016


Menjejakkan kaki di kota London

Pada suatu hari yang di izin kan Allah, saya dan isteri telah sampai kota London pada akhir Ogos 2016 lalu. Dari KLIA, menaiki penerbangan Qatar, transit 2.30 jam di Doha, kami mendarat di Heathrow kira2 jam 7 pagi. Apa yang saya bayangkan sebelum ini tentang Heathrow, menerusi adegan dalam filem, nyata meleset. Ia nya airport lama, berbanding KLIA yang segalanya baru.
beberapa minit sebelum mendarat di Heathrow
menunggu coach bus 




















Selepas check-out, kami menunggu coach bus yang akan membawa kami bagi seluruh perjalanan selama 10 hari ini. Jam 9 pagi kami mula gerak menuju bandar London. Cuaca agak panas untuk summer kali ini.

Perut dah lapar pagi ni, sebab last makan masa dalam flight tadi. Mana nak cari kedai halal pepagi ni. Sheda kata ada satu outlet halal berdekatan Eye of London, buka jam 10 pagi. Masa tiba di kawasan Big Ben dan Eye of London, belum jam 10, maka belum ada lagi makanan halal untuk kami pagi itu. Sebahagian kami berjalan-jalan disekitar untuk melawat kawasan...he..he..macam wakil rakyat plak.

Maka, sarapan pagi@makan tengahari kami adalah di Noodle Box...sedap tu...mee goreng dalam kotak !
@Noodle Box

sedap sangat la kannn...

Selepas itu menyusuri lorong-lorong pejalan kaki hingga ke jambatan Sg Thames, mendekati Eye of London, istana Buckingham.

London walk-a-bout


ntah apa nama lokasi ni..tapi dekat dengan gambar bawah tu

walaupun tengah panas kan....senyum jer la
Istana Buckingham
Paling tak boleh sisih ialah menyusuri Oxford Street. Sempat juga masuk ke Primark dan beberapa gedung di sepanjang jalan tu. Saya di maklumkan, Che Ta suka ke Primark bila di London. Ada lah juga beli beberapa pasang pakaian untuk cucu2 buah hati kat M'sia. Dah penat di Oxford Street, tiba masa untuk daftar masuk hotel. Solat jamak takhir petang ni.

penginapan di London, Hasten Heritage Hotel
Sarapan pagi di Hasten Heritage Hotel
Selepas sarapan pagi di hotel, kami terus check out. Hari ini akan menuju bandar pelabuhan Dover untuk naik feri seberangi Selat Inggeris menuju Calais di Perancis. Perjalanan ke Dover selama 1 jam. Sebelum tiba di Dover, kami singgah di Ashford Designer Outlet, di kawasan Ashford. Apabila dibandingkan harga barangan nya, nyata berbaloi belanja di sini. Saya sendiri beli dua pasang kasut Clark 80 pound , (RM360) Kasut yang sama jika di AEON Malaysia harganya RM796. Isteri pula beli produk Body Shop yang katanya hanya 40% harga di Malaysia.
Ashford Designer Outlet
di atas feri menuju Calais, Perancis.
Sampai Dover, kami hanya tunggu tak sampai 30 minit, dah dapat tempat di feri. Menurut pemandu kami, Tom, kami amat bernasib baik kerana biasanya lebih ramai penumpang hingga menunggu selama 3 jam adalah lumrah. Alhamdulillah, perjalanan kami di permudahkan. Solat jamak takdim di atas feri sahaja kali ni.

Satu jam kami tiba di bandar pelabuhan Calais, naik semula coach bus dan Tom memandu terus ke lokasi penginapan kami malam itu, iaitu di Crown Plaza Hotel, Antwerp, Belgium.
dari terminal feri Calais menuju Antwerp
Hampir jam 6 petang kami tiba di hotel penginapan untuk malam itu, di Antwerp.

bilik kami di Antwerp..   cukup untuk tidur yang enak..
Malam itu kami semua di bekalkan dengan makanan bungkus, disediakan oleh orang Malaysia yang menetap di Antwerp. Kelihatan seperti nasi kerabu, tapi rasa sedikit kurang la. Sebab banyak bahan2nya tiada di Antwerp. Bagi saya, semua nya perlu di ucapkan Alhamdulillah. Malam itu kami perlu rehat sebaik mungkin. Esok akan bergerak kebeberapa lokasi di Belanda. Selamat malam Antwerp !!