Padang Besar ke Hua Lamphong, Bangkok
Jam 7 malam, Train 36 mula gerak menuju Bangkok. Staf keretapi mula bergerak memeriksa tiket penumpang. Ada staf seakan polis bantuan juga berada didalam keretapi waktu itu. Staf dari bahagian cafe juga mula bertanya penumpang , jika ada yang mahu buat tempahan makanan. Masuk waktu solat, saya dan isteri bergilir kebilik air untuk wuduk dan kami hanya solat diatas tempat duduk, jamak takdim. Apa yang seronok atas train seperti ini ialah, kita serba kekurangan.
![]() |
| tempat duduk dalam Train 36 |
![]() |
| ubahsuai tempat duduk jadi tempat tidur |
Malam semakin gelap, tiada apa yang boleh nampak diluar tu. Beberapa penumpang lain telah minta staf keretapi untuk ubahsuai tempat duduk menjadi tempat tidur. Sebelum ini saya sudah pernah ambil tempat tidur perjalanan keretapi dari Segamat ke KL Sentral.Tapi yang ini, tempat tidur yang diubahsuai, maka adalah kekurangan nya. Tiada masalah bagi saya dan isteri untuk tidur kali ini.
Waktu subuhnya, Train 36 ini telah samapi daerah Hua Hin, yang popular dikalangan pelancung. Train 36 berhenti sebentar di sini. Peniaga jalanan berlumba-lumba naik untuk menjaja - pulut ayam, buah potong dan beberapa kuih tempatan. Apabila seorang peniaga itu mengaku dia Islam, maka saya beli lah sebungkus pulut ayam, sekadar mahu mencuba rasa. Tapi saya dan isteri tak boleh makan kerana bau nya sangat hanyir.
Pagi itu, kami masuk ke cafe, melihat apa yang boleh dimakan. Saya hanya minta dua gelas air panas ( untuk bancuh Nescafe 3 in 1 bawa sendiri) dan roti bakar dengan majerin. Makanan lain itu semua tidak halal. Cukup lah untuk alas perut hingga tiba Bangkok tengahari nanti.
Jam 2.30 ptg baru lah Train 36 itu sampai di stesen Hua Lamphong, Bangkok. Cuaca sangat panas ketika itu, hampir 40 C. Stesen Hua Lamphong pula bukan lah seperti KL Sentral yang berhawa dingin.
![]() |
| Stesen keretapi Hua Lamphong, Bangkok. |
Hotel penginapan @Hua Lamphnong yang telah saya tempah berada tidak jauh dari stesen, hanya diseberang jalan.
Tempahan saya buat secara online.
![]() |
| Lobby hotel |
![]() |
| @Hua Lamphong |




