Tashkent: lawatan bandar di musim sejuk
Hari ini 2 Feb 2014, seluruh bandar Tashkent di litupi salji. Dari bilik di tingkat 9 Shodlik Palace Hotel, kelihatan pagi itu agak gelap kerana salji masih turun tanpa henti sejak kelmarin. Oleh kerana sekarang ini bukan musim pelancongan, banyak tempat pelancongan di tutup. Kedai dan pusat tumpuan jual beli semuanya dibuka agak lewat.
 |
| hotel penginapan di Tashkent |
Selepas sarapan, kira-kira jam 9 kami mulai menaiki bas untuk melihat-lihat Tashkent. Kenderaan bergerak perlahan kerana jalanraya licin, dipenuhi salji. Lokasi pertama yang ditujui, muzium tarian; di tutup kerana mereka tidak menjangka akan ada pelancong mahu kesana pada ketika ini. beberap lagi pusat lawatan, kompleks budaya juga di tutup atas alasasn yang sama. Sebelum ke Uzbekistan, saya sudah membuat sedikit tinjauan Internet mengenai apa yang ada di Tashkent, tentu nya Chorsu bazaar. Oleh kerana masih awal pagi lagi, bas membawa kami bersiar-siar ke beberapa lokasi menarik antaranya beberapa monumen peringatan . Antaranya tugu kemerdekaan, tugu pekerja, tugu wanita dan beberapa lagi yang saya dah lupa. Semua monumen ini mempunyai kisah nya yang berkaitan dengan kehidupan orang-orang Uzbek.
 |
| laluan masuk Chorsu Bazaar |
 |
| Masjid Imam Hazrati |
 |
| pusat beli belah |
 |
| makan tengahari @ Tashkent |
 |
| Tashkent di litupi salji |
 |
| solat jamak Maghrib dan Isya' disini sebelum ke airport |
 |
| Singgah dinner sebelum ke airport |
 |
| sampai masa untuk terbang balik |
Mendarat di KLIA jam 6.30 pagi, bergegas ke tandas dan mencari surau... Alhamdulillah, sempat Subuh di terminal. Suatu perasaan yang sukar di tepis ialah saya rasa kehilangan beberapa sahabat yang bersama dalam pakej tersebut. Cik Fifi bagaimana pun telah melakukan sesuatu yang baik bagi kami semua iaitu dia telah emel kepada kami maklumat semua ketua keluarga agar kami boleh terus berhubungan. Cik Fifi juga telah muat naik gambar-gambar dari lensa nya sendiri ke laman Facebook syarikat.... Good work Fifi !.
Gambar-gambar lensa Cik Fifi telah
dimasukkan dalam facebook POTO TRAVEL. Boleh click di link ini
:-