ZaanseSchans, Volendam dan Amsterdam
Sebelum jam 8 pagi kami sudah meninggalkan hotel di Antwerp, menuju ke Belanda. Tujuan hari ini ialah tiga bandar tersebut diatas. Jalanraya yang rata, tidak terasa jarak sesuatu perjalanan. Apa yg dapat saya katakan, tanah disekitar negara Belanda ini, berpaya. Sana sini terdapat terusan air dan terdapat ribuan burung itik air yang hidup bebas di merata tempat.
 |
| menuju Amsterdam dari Antwerp |
Dalam 1 jam perjalanan, kami sampai ke pusat pelancungan ZaanseSchans.
 |
| terompah kayu gergasi |
 |
| bersama sahabat trip |
Di sini kami berjumpa dengan grup dari Malaysia juga. Maka bising lah jugak jadi nya. Macam kat M'sia plak kitorang.
Dari sini, coach kami bergerak menuju ke bandar Volendam, kira kira 20 minit perjalanan jaraknya. Volendam adalah sebuah bandar kecil, pada asasnya sebuah perkampungan nelayan. Akan tetapi nelayan Belanda tidak lah seperti nelayan kita. Mereka mempunyai peralatan yang lebih baik. Maka tidak lah nampak mereka itu seperti daif dan serba kekurangan.
 |
| kedai cenderamata di Volendam |
Volendam telah menjadi tumpuan pelancung yang melawat Belanda.
 |
| rumah nelayan yang di hias indah |
Kawasan ini tiada restoran halal. Namun ada seorang peniaga beragama Islam yang menjual makanan secara kiosk, menjual makanan seperti sandwich, kentang goreng dan air minuman. Saya dan isteri tiada masalah kerana telah bersedia dengan nasi goreng Brahim yang sempat di panas semula di hotel subuh tadi.
 |
| makan nasi goreng Brahim di Volendam |
Dari Volendam, kami bergerak menuju Amsterdam. Sekarang ini musim panas, maka tiada lah himpunan bunga tulip yang menjadi ikon negara Belanda. Apa pun, kami dah rasai himpunan tulip semasa musim bunga di Istanbul...he..he..
Kini kami tiba di Amsterdam.
 |
| diatas bot semasa melalui beberapa terusan di tengah bandar Amsterdam |
 |
| penginapan di Amsterdam, Hotel Noordwijk |
Hotel Noordwijk ini tiada air-cond. Cuaca sepanjang tahun adalah nyaman an tidak memerlukan hawa dingin. Cuma, kali ini musim panas nya lebih daripada biasa, menyebabkan kami kepanasan malam itu. Itu la kan...jauh berjalan, banyak pengalaman..Esok kami akan bergerak ke Brussels, ibu negara Belgium. Jadi malam ini perlu rehat.