Tuesday, 18 June 2013



Dari Bolu ke Istanbul


Waktu subuh di Bolu pagi itu terasa begitu dejuk. Selepas solat subuh, saya membuka pintu bilik ke balkoni. Memijak jubin di balkoni seperti memijak air batu. Jam 7.00 pagi kami sarapan. Selepas sarapan, kemas beg dan sedia menaiki bas ke destinasi seterusnya. Jam 8.00 pagi kebanyakan peserta telah bersedia didalam bas manakala beberapa orang lagi merakamkan kenangan di Koru Hotel. Suasana waktu itu sungguh tenang, dingin dan damai.

Bas mula bergerak beberapa minit kemudian, memasuki lebuhraya utama di Turkiye. Lebuhraya enam lorong ini agak sibuk pada pagi itu. Saya patut memuji sikap pemandu di Turkiye ini atas kesopanan mereka. Keindahan lanskap dikiri dan kanan lebuhraya bertukar dari padang rumput kepada keadaan kontang berbatu dan berbukit bukau. Menurut Jihan, kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi di Turkiye dan disini juga terdapatnya sebuah resort untuk bermain ski. Dari lanskap berbatu, bertukar kepada tanah pokok pain.

Dua jam perjalanan, kami singgah sebentar disebuah stesen minyak - seperti mana biasa, untuk ke tandas bagi kebanyakan peserta. Melangkah turun dari bas, begitu ramai pengunjung restoran distesyen minyak itu yang memandang saya sambil berkata-kata dengan agak kuat. Melangkah masuk kerestoran, beberapa pekerjanya bersalaman dengan saya. Ada yang menunjukkan isyarat bagus, ada juga kata tidak bagus. Sebenarnya baju yang saya pakai menjadi perbualan mereka, iaitu jersi kelab Fenerbahce.

Jersi kelab bolasepak Fenerbahce, Istanbul
Malam esok, kelab Fenerbahce akan menentang kelab Benfica, Portugal dalam saingan separuh akhir Europa Cup 2013, di laman mereka sendiri di Istanbul. Penyokong kelab-kelab bolasepak di Turkiye adalah fanatik, sebab itulah penyokong Fenerbahce kata bagus, dan musuh Fenerbahce kata tidak bagus pada saya. Jihan juga tidak menyokong Fenerbahce. 

Bas yang bergerak mula memasuki kawasana perbandaran Istanbul, yang begitu padat dengan bangunan perniagaan, industri dan perumahan. Istanbul didiami oleh 13.5 juta penduduk, berbanding 1.6 juta untuk Kuala Lumpur. Menurut Jihan, penduduk yang ramai menyediakan kos buruh yang murah diTurkiye. Dengan itu terdapat beberapa syarikat ternama Eropah membuka operasi pengeluaran produk mereka di Turkiye, terutamanya disekitar Istanbul. Jam 10.30 pagi bas kami telah pun berada di kawasan perniagaan utama di Istanbul. Persinggahan pertama ialah disebuah factory outlet barangan kulit terkemuka, Best Leather. Pengurusan Best Leather membuat satu sambutan istimewa untuk kami, iaitu leather fashion show secara live!. Kami dibawa ke galeri dan pentas pertunjukan dimana model-model mereka memperagakan pakaian yang diperbuat dari kulit. Syarikat ini juga menjadi pengeluar kepada jenama terkemuka seperti Gucci, Burberry dan Hermis. Sempat lah juga saya memilih sehelai jaket lamb skin yang bermutu tinggi,dikemaskan dengan lapisan satin, kualiti yang sama mereka hasilkan untuk Gucci. Isteri pula memilih sebuah beg tangan Hermis. Harga? Dengan kualiti yang sama, harga di KL 3 kali lebih mahal !

di outlet Best Leather, Istanbul
Tengahari itu kami makan disebuah restoran ditepi jalan utama - tiada kawasan parkir  Selepas menurunkan kami, bas perlu beredar untuk mencari tempat parkir. Menu kami tengahahri itu ialah ikan bakar + nasi (seperti nasi sushi) + green salad + fresh orange. Sedap tak? itu adalah subjektif, lain orang ada lain rasa. Yang pastinya ikan tidak dibasuh dengan air asam, pastilah hanyir bau ikan tu masih ada. Apa pun, Alhamdulillah !.

Selepas makan, kami dibawa ke Kompleks Masjid Sultan Ayub untuk melihat kesan sejarah masjid ini dan selepas itu ke Spice Market. Apa yang ada di Spice Market, sila klik disini.

Spice Market di Istanbul
Spice Market

Di Spice Market ini, terdapat ratusan kedai yang menjual pelbagai bahan harian, terutamanya rempah ratus masakan. Safron tulin dari Iran, harganya Turkish Lira 500 bagi 5 gram!. ( TL 100 = RM180). Kami hanya memilih beberapa makanan asli rakyat Turkiye iaitu Turkish Delight dalm pelbagai perasa. Sangat popular juga ialah Apple Tea, tetapi saya tidak beli kerana tidak berapa suka rasa masamnya. Di Spice Market juga saya menjadi tumpuan peniaga kerana jersi Fenerbahce yang saya pakai. Ini menjadi alasan mereka menarik saya kedalam kedai masing-masing, untuk promosi jualan mereka. Penat berjalan menyusuri lorong-lorong di pasar itu, saya singgah minum teh disebuah café, sambil makan roti dan pastri yang dijual. Sempat juga saya bertemu dan berbual-bual dengan beberapa lagi pelancong dari Malaysia, ada yang baru tiba dan ada juga yang akan pulang esok seperti kami.

Jam 5 ptg kami bergerak ke Hotel Ikbal untuk ckeck-in. Terletak dikawasan perniagaan utama Istanbul, hotel ini sesuai untuk pelancong, tetapi bukan untuk business trip. Lokasi dan suasana nya seakan Jalan Bukit Bintang di KL. Selepas mendaftar, makan malam ialah pada jam 6 petang. Kami adalah kumpulan pelancong pertama mendaftar masuk hari itu. Bebera ketika kemudian, kumpulan pelancong dari German pula mendaftar masuk. maka penuhlah ruang lobi hotel yang agak sempit itu.

Selepas solat jamak Zuhur + Asar, saya dan isteri ke dewan makan, ditingkat 8. Makan sambil menikmati panorama bandar dan laut Selat Bhosporus yang sibuk dengan kapal dagang dan feri.

Malam itu kami berjalan-jalan dikawasan sekitar hotel mencari penggurup wang kerana esok kami akan melawat beberapa lokasi tumpuan di Istanbul, dari pagi hingga petang. Suasana malam disitu, sangat dingin, dirancakkan dengan sahutan peniaga-peniaga jalanan yang menjual barangan makanan, pakaian dan perhiasan diri.


Sebenarnya kami dinasihatkan oleh Jihan supaya rehat dan tidur awal kerana esoknya program lawatan akan banyak berjalan. Tiba di hotel, tak jumpa pun ahli rombongan kami tu, agaknya dah tidur......



esok >>> lawatan sekitar Istanbul

Monday, 10 June 2013


Nevsehir ke Ankara.. dan ke Bolu

Dua malam menginap di Dinler Hotel tidak terasa , kini kami bersiap untuk perjalanan agak jauh, iaitu ke Ankara, ibu negara Turkiye. Selepas sarapan, jam 7.30 pagi kami sudah menaiki bas meninggalkan Dinler Hotel. Kumpulan pelancong German yang bersama kami disini, bersiap untuk menaiki belon udara panas.

Bas mula meluncur merentasi tanah ladang dari Nevsehir menuju lebuhraya utama. Lanskap negara ini memang mengasyikkan saya, terutamanya saya memang sangat senang dengan kehidupan luar bandar, kehidupan petani dengan ladang mereka. Masyarakat luar bandar juga adalah mesra pelancong, melambai kami bilamana bas dipandu perlahan melewati penduduk yang rehat dibawah pokok sambil minum kopi. Dua jam perjalanan, kami singgah disebuah 'caravan'. Kami dimaklumkan bahawa tempat persinggahan ini adalah salah satu tempat persinggahan sebenar pedagang Eropah dalam perjalanan mereka melalui laluan sutera menuju ke negara Cina ratusan tahun lalu.

singgah sebentar di 'caravan' dalam laluan sutera Eropah ke Cina

Selepas rehat dan ambil angin kira-kira 30 minit, bas bergerak lagi. Terbentang luas dikiri dan kanan jalan ialah ladang pertanian yang dipenuhi tanaman lobak bit, anggur dan cherry. Allahuakbar - cantiknya pemandangan disini. hati saya memang terpaut dengan bahagian tengah Turkiye ini.

Jam 12 tengahari perut mulai terasa lapar. Bas berhenti disebuah restoran berdekatan bandar Aksaray. Pada pengamatan saya, restoran ini memang dikujungi oleh pelancong sahaja kerana ia benar-benar berada ditengah perjalanan yang dipenuhi ladang. Ia bukanlah disekitar kawasan kediaman. Ia mengingatkan saya ketika berhenti makan di Merapoh, dalam perjalanan dari Machang ke KL.

Di restoran ini kami berjumpa kumpulan pelancong Cina dari Palembang Sumatera. menu seperti sebelumnya, ada salad sayuran, daging yang dimasak tumis dan dimakan dengan roti, dan buah limau sebagai pencuci mulut. Selera makan sudah mula kurang kerana cara masakan agak berbeza dengan cara kita. Ramai diantara kami telah mula menyebut sedapnya jika dapat nasi dengan asam pedas, ulam dan ikan masin. Apa pun saya dan isteri makan untuk jaga keperluan diri.

Selepas makan bas terus bergerak menuju Ankara. tempat yang ditujui ialah tugu peringatan Mustapha Kamal Ataturk. Jam 3 petang kami tiba di Ankara dan terus menuju ketugu ini. Kawasan tugu peringatan ini terletak diatas bukit dan menjadi tempat lawatan utama hampir semua pelancong ke Turkiye. Isteri saya sempat berbisik katanya tugu negara di KL pun dia tak pernah tengok, ini dah sampai tugu negara Turkiye.

Jihan memberi taklimat ringkas sebelum kami memasuki bangunan muzium.
Muzium yang menempatkan segala bahan sejarah Ataturk
Kami menghabiskan masa kira-kira 2 jam di muzium ini. Dengan apa yang saya baca dan dengar sendiri dari Jihan, sebagai duta kecil Turkiye, maka tidak hairanlah saya jika majoriti rakyat Turkiye menyanjung Mustapha Kamal Ataturk ini. Saya juga akui pandangan dan persepsi saya terhadap MKA berubah bilaman saya mendengar cerita dari pihak rakyat Turkiye pula. Selama ini kita disogokkan dengan tulisan penulis upahan British, lantas begitulah anggapan buruk kita terhdap MKA. Wallahua'lam.

Meninggalkan Ankara dan muzium ini, bas menuju ke Bolu, sebuah bandar kecil kira-kira 1 jam perjalanan. Bolu adalah kawasan berbukit bukau, banyak pokok pain dikawasan ini. Di Bolu juga terdapat sebuah resort yang menyediakan kemudahan pelancongan untuk bermain ski, tetapi perlulah menunggu musim sejuk jika mahu main ski.

Hotel penginapan kami malam ini ialah Koru Hotel, bertaraf 4 bintang tetapi lebih berkonsepkan sebuah resort. Dikelilingi pokok pain, kawasan ini lebih sejuk berbanding Ankara.

Koru Hotel, penginapan kami di Bolu
Hotel ini tiada air-cond - sebaliknya dilengkapi heater. Apa pun kami tidak gunakan heater, tapi tingkap dan pintu semua tutup rapat kerana angin malam terasa sungguh sejuk. Makan malam jam 6.30 petang. Jumpa lagi kumpulan pelancong German yang kami pernah temui di Pamukkale. Dinner malam itu hanya dua kumpulan ini sahaja berada dihotel ini. Selepas makan, atas maklumat Jihan, saya pergilah ke mini mart hotel ini, beli beberapa kotak coklat buatan tempatan - Bolci.


Esok, selepas sarapan kami akan bergerak lagi >>> Istanbul.   

 

Cappadocia

Sebutan mudahnya ialah 'Kapadokia'. Kawasan Cappadocia ini dikunjungi oleh hampir semua pengunjung ke negara Turkiye ini. Sememangnya rupa muka bumi Cappadocia amat unik. Lahar dari letusan gunung berapai yang berlaku ribuan tahun dahulu telah menyebabkan lapisan atas muka buminya keras, namun tanah dibawahnya seakan batu kapur yang poros. Hakisan alam semulajadi oleh air hujan dan angin menyebabkan rupa bentuknya menjadi sangat unik.


Hakisan alam di Cappadocia, Turkiye

Lanskap unik Cappadocia, Turkiye


Bagi pengunjung yang mahukan suatu cabaran sukan 'extreme', boleh lah menaiki 'hot-air balloon'. Bagi mereka yang sudah menikmati pemandangan hot -air balloon ini, katanya ia lebih indah dari Grand Canyon di USA. Kunjungan ke Cappadocia diteruskan dengan melawat tapak 'underground city'. Dalam usaha untuk memerangi tentera Rom, penduduk Cappadocia telah membina bandar didalam tanah. Mereka telah menggali tanah dikawasan ini untuk dijadikan tempat tinggal mereka, lengkap dengan dewan, bilik, terowong, dapur, stro dan segala ruang keperluan mereka. Saya dan isteri tidak memasuki underground city kerana terowong gua nya agak sempit dan atas faktor kesihatan. Sambil menikmati keindahan alam, pengunjung juga tidak terlepas dari mendengar alunan merdu lagu rakyat - oleh Jennifer Trueman yang amat dekat dengan kehidupan di sini. Lagu-lagu seperti 'Bridge' dan 'And Elizabeth Said' berkumandang disini.

Di Cappadocia, kami dibawa melawat ke Hanem Art Centre, sebuah galeri yang menghasilkan perhiasan emas dan 'Turqoise'. Batu turquoise yang diikat pada cincin emas putih atau emas kuning memang sangat cantik. Yang melihatnya pasti terpesona dengan kecantikan batu ini, dan juga seni kraf yang dihasilkan.

Galeri seni menghasilkan barang kemas bersama "Turqoise"

Untuk makan tengahari, kami dibawa kesebuah restoran bawah tanah, Uranos Sarikaya. Batu bukit dikorek seperti sebuah gua besar dimana didalamnya terdapat ruang makan yang besar , boleh menampung sehingga 100 orang tetamu. Sambil makan, kami dihiburkan oleh pemuzik lagu rakyat Turki.

Restoran bawah tanah di Cappadocia












Hidangan tengahari kami di Uranos Sarikaya, Cappadocia




Selepas makan tengahari, kami terus dibawa melawat kilang menghasilkan barangan seramik, juga beroperasi dibawah tanah. Seramik yang dihasilkan dari lumpur gunung berapi adalah pebih cantik dan bermutu tinggi, dan harganya juga lebih mahal. Selepas seramik, dibawa pula ke galeri karpet buatan tangan, juga beroperasi dibawah tanah. Harganya agak mahal jika kita ambil kira dengan karpet yang ada dijual dinegara kita. Sebuah sejadah berharga RM3,000 - namun kualitinya memang baik, tebal, sejuk dan sangat halus buatannya.

Menjelang petang, kami balik kehotel - kepenatan, namun dengan cuaca yang nyaman, tidak terlalu membebankan lawatan kami disekitar Cappadocia. Makan malam di Dinler Hotel memang seronok kerana kami berjumpa semula tiga kumpulan pelancung yang pernah ditemuai dibeberapa lokasi sebelum ini.  




akan datang >> Nevsehir ke Ankara ..

Thursday, 6 June 2013

Konya - kota sufii

Seawal jam 7.00 pagi saya dan isteri menikmati sarapan kami - roti, bun, salad, beberapa menu berasaskan gourmet - dan Turkish coffee. Jam 8.00 pagi ada yang mula melangkah menaiki bas untuk kedestinasi seterusnya, Konya. Saya sempat juga mengambil beberapa foto dalam kedinginan pagi di perkarangan hotel.

sebelum bergerak ke Konya
Perjalanandari Pamukkale ke Konya kira-kira 3 jam. Jalanraya dikawasan ini agak baik, maka tidak terasa penat. Sepanjang kiri-kanan jalanraya terbentang luas ladang pertanian rakyat Turki - cherry, anggur, lobak bit dan juga kapas. Sesuatu amalan pertanian yang berbeza dengan Negara kita ialah, mereka menggunakan jentera pembajak dengan begitu meluas. Sana sini kelihatan jentara bajak, maka sudah tentu mereka dapat membajak tanah pertanian yang begitu luas. Kaedah pertanian mereka adalah lebih maju daripada kita.

Dua jam bergerak, bas kami singgah disebuah restoran rehat dan rawat - R&R. Apa lagi, dalam cuaca dingin, sudah tentu bau harum Turkish Coffee adalah pilihan terbaik. namun kali ini saya memesan teh-O sahaja. Makan tengahari bas kami singgah di Restoran Anatolia, berdekatan Bandar Antalya, di persisir Mediterranean.

Restoran yang agak unik rekabentuknya - restoran Anatolia
Selepas makan dan solat jamak, bas terus bergerak ke utara menuju Konya, destinasi sebenar hari ini. Jam tiga petang kami sampai Konya, tempat tujuan ialah Makam Mevlana. Inilah masjid sufi yang pertama di Turki dimana hari ini ia menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara, yang kini berfungsi sebagai sebuah muzium. Pelbagai warna tulip menghiasi laman muzium ini. Didalamnya pula terdapat banyak tinggalan artifek sejarah. Suatu yang amat berharga di muzium ini ialah sehelai rambut junjungan kita, Rasulullah S.A.W.
Makam Mevlana

Makam Mevlana, Konya
















Selepas Konya, kami bergerak pula ke arah timur, menuju Nevseyhir. Waktu ini jam telah hampir enam petang. Sebelum masuk Waktu Maghrib, kami telah tiba di hotel penginapan kami di Nevseyhir, iaitu Dinler Hotel. Sekali lagi kami bertemu dengan dua kumpulan pelancong dari German dan Jepun tersebut. Mengikut jadual, kami menginap dua malam di sini. Hotel bertaraf tiga bintang jika di Malaysia. Jam 7.00 malam kami telah menikmati makan malam kami. Hidangan dengan menu yang ada sedikit kelainan dari beberapa menu sebelum ini.

Jihan maklumkan kami jika kami mahu menaiki belon udara panas yang amat terkenal di Cappadocia, Turki ini. Bayaran untuk seorang ialah US$200 (RM660). Namun saya dan isteri tidak ikut serta --takut !. Selepas solat Isyak... isteri terus tidor kerana perjalanan hari ini lebih lama daripada sebelumnya. Saya pula , seperti biasa >> tengok bola la. Apa pun esok jadual kami ialah kembara dilembah Cappadocia.

Wednesday, 5 June 2013

Dari Bursa ke Pamukkale

Selepas sarapan, jam 8.30pagi kami naik bas dan mula bergerak. Cuaca dingin diluar hotel pagi itu sungguh nyaman. Dari Burcman Hotel kami bergerak ke Grand Mosque - jarak kira-kira 15 sahaja dari hotel tadi. Oleh kerana masih agak awal, maka tidak lah begitu ramai pengunjung di masjid ini. Kami luangkan masa kira-kira 40 minit di masjid ini sebelum bas terus bergerak keluar dari Kota Bursa. Sepanjang perjalanan ke Bandar Izmir, bunga-bunga tulip pelbagai warna menghiasi lanskap lebuhraya negara ini. Manakala di kawasan luar Bandar, kawasan pertanian terbentang luas sejauh mata memandang, berbukit bukau semuanya seakan padang rumput hijau.

Ladang cherry terbentang luas disepanjang perjalanan ke Denizli


Dari Izmir, destinasi kami seterusnya ialah ke Denizli. Sebelum tiba di Denizli, rombongan kami singgah untuk makan tengahari disebuah restoran lebuhraya. Ianya agak besar dan boleh menapung anggaran 200 tetamu. Bersama kami ketika lunch hari itu ialah beberapa buah bas lagi, antaranya dari German, Jepun dan juga rakyat tempatan. Jihan kata, menu kami hari itu adalah istimewa, disediakan khusus untuk pelancong yang singgah hari itu.


Menu utama lunch di Denizli


Hidangan green salad










Selepas lunch, bas bergerak ke tempat sebenar yang dituju - kota purba Hierapolis. Kota ini terletak didaerah Pamukkale. Beberapa kilometer sebelum sampai, kami sudah nampak sebuah lereng gunung bewarna putih. Laluan masuk itu pun telah penuh sesak dengan kenderaan pengunjung. Kota purba ini mempunyai sejarah yang hebat, menjadi tapak warisan dunia oleh UNESCO. Anda boleh Google - Hierapolis - dan bacalah keagungan kota ini.

Larutan sulfur tersejat menutupi lereng gunung di Hierpolis. 
Di sini kami menginap di Lycus River Thermal and Spa Hotel - bertaraf 4 bintang. Malam tersebut, hotel ini penuh, disertai juga rombongan pelancong dari German dan Jepun yang kami jumpa di restoran di Denizli tadi. Jihan sempat berpesan supaya tidur awal dan esok bergerak jam 8.00 pagi. Makan malam pada jam 6.30 petang, hidangan hampir sama - green salad, beberapa menu berasaskan daging dan buah-buahan pencuci mulut.

Jam 10 malam - selamat malam Pamukkale !.