Thursday, 6 June 2013

Konya - kota sufii

Seawal jam 7.00 pagi saya dan isteri menikmati sarapan kami - roti, bun, salad, beberapa menu berasaskan gourmet - dan Turkish coffee. Jam 8.00 pagi ada yang mula melangkah menaiki bas untuk kedestinasi seterusnya, Konya. Saya sempat juga mengambil beberapa foto dalam kedinginan pagi di perkarangan hotel.

sebelum bergerak ke Konya
Perjalanandari Pamukkale ke Konya kira-kira 3 jam. Jalanraya dikawasan ini agak baik, maka tidak terasa penat. Sepanjang kiri-kanan jalanraya terbentang luas ladang pertanian rakyat Turki - cherry, anggur, lobak bit dan juga kapas. Sesuatu amalan pertanian yang berbeza dengan Negara kita ialah, mereka menggunakan jentera pembajak dengan begitu meluas. Sana sini kelihatan jentara bajak, maka sudah tentu mereka dapat membajak tanah pertanian yang begitu luas. Kaedah pertanian mereka adalah lebih maju daripada kita.

Dua jam bergerak, bas kami singgah disebuah restoran rehat dan rawat - R&R. Apa lagi, dalam cuaca dingin, sudah tentu bau harum Turkish Coffee adalah pilihan terbaik. namun kali ini saya memesan teh-O sahaja. Makan tengahari bas kami singgah di Restoran Anatolia, berdekatan Bandar Antalya, di persisir Mediterranean.

Restoran yang agak unik rekabentuknya - restoran Anatolia
Selepas makan dan solat jamak, bas terus bergerak ke utara menuju Konya, destinasi sebenar hari ini. Jam tiga petang kami sampai Konya, tempat tujuan ialah Makam Mevlana. Inilah masjid sufi yang pertama di Turki dimana hari ini ia menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara, yang kini berfungsi sebagai sebuah muzium. Pelbagai warna tulip menghiasi laman muzium ini. Didalamnya pula terdapat banyak tinggalan artifek sejarah. Suatu yang amat berharga di muzium ini ialah sehelai rambut junjungan kita, Rasulullah S.A.W.
Makam Mevlana

Makam Mevlana, Konya
















Selepas Konya, kami bergerak pula ke arah timur, menuju Nevseyhir. Waktu ini jam telah hampir enam petang. Sebelum masuk Waktu Maghrib, kami telah tiba di hotel penginapan kami di Nevseyhir, iaitu Dinler Hotel. Sekali lagi kami bertemu dengan dua kumpulan pelancong dari German dan Jepun tersebut. Mengikut jadual, kami menginap dua malam di sini. Hotel bertaraf tiga bintang jika di Malaysia. Jam 7.00 malam kami telah menikmati makan malam kami. Hidangan dengan menu yang ada sedikit kelainan dari beberapa menu sebelum ini.

Jihan maklumkan kami jika kami mahu menaiki belon udara panas yang amat terkenal di Cappadocia, Turki ini. Bayaran untuk seorang ialah US$200 (RM660). Namun saya dan isteri tidak ikut serta --takut !. Selepas solat Isyak... isteri terus tidor kerana perjalanan hari ini lebih lama daripada sebelumnya. Saya pula , seperti biasa >> tengok bola la. Apa pun esok jadual kami ialah kembara dilembah Cappadocia.

No comments:

Post a Comment