Sebutan mudahnya ialah 'Kapadokia'. Kawasan Cappadocia ini dikunjungi oleh hampir semua pengunjung ke negara Turkiye ini. Sememangnya rupa muka bumi Cappadocia amat unik. Lahar dari letusan gunung berapai yang berlaku ribuan tahun dahulu telah menyebabkan lapisan atas muka buminya keras, namun tanah dibawahnya seakan batu kapur yang poros. Hakisan alam semulajadi oleh air hujan dan angin menyebabkan rupa bentuknya menjadi sangat unik.
| Hakisan alam di Cappadocia, Turkiye |
| Lanskap unik Cappadocia, Turkiye |
Bagi pengunjung yang mahukan suatu cabaran sukan 'extreme', boleh lah menaiki 'hot-air balloon'. Bagi mereka yang sudah menikmati pemandangan hot -air balloon ini, katanya ia lebih indah dari Grand Canyon di USA. Kunjungan ke Cappadocia diteruskan dengan melawat tapak 'underground city'. Dalam usaha untuk memerangi tentera Rom, penduduk Cappadocia telah membina bandar didalam tanah. Mereka telah menggali tanah dikawasan ini untuk dijadikan tempat tinggal mereka, lengkap dengan dewan, bilik, terowong, dapur, stro dan segala ruang keperluan mereka. Saya dan isteri tidak memasuki underground city kerana terowong gua nya agak sempit dan atas faktor kesihatan. Sambil menikmati keindahan alam, pengunjung juga tidak terlepas dari mendengar alunan merdu lagu rakyat - oleh Jennifer Trueman yang amat dekat dengan kehidupan di sini. Lagu-lagu seperti 'Bridge' dan 'And Elizabeth Said' berkumandang disini.
Di Cappadocia, kami dibawa melawat ke Hanem Art Centre, sebuah galeri yang menghasilkan perhiasan emas dan 'Turqoise'. Batu turquoise yang diikat pada cincin emas putih atau emas kuning memang sangat cantik. Yang melihatnya pasti terpesona dengan kecantikan batu ini, dan juga seni kraf yang dihasilkan.
| Galeri seni menghasilkan barang kemas bersama "Turqoise" |
Untuk makan tengahari, kami dibawa kesebuah restoran bawah tanah, Uranos Sarikaya. Batu bukit dikorek seperti sebuah gua besar dimana didalamnya terdapat ruang makan yang besar , boleh menampung sehingga 100 orang tetamu. Sambil makan, kami dihiburkan oleh pemuzik lagu rakyat Turki.
| Restoran bawah tanah di Cappadocia |
| Hidangan tengahari kami di Uranos Sarikaya, Cappadocia |
Menjelang petang, kami balik kehotel - kepenatan, namun dengan cuaca yang nyaman, tidak terlalu membebankan lawatan kami disekitar Cappadocia. Makan malam di Dinler Hotel memang seronok kerana kami berjumpa semula tiga kumpulan pelancung yang pernah ditemuai dibeberapa lokasi sebelum ini.
akan datang >> Nevsehir ke Ankara ..
No comments:
Post a Comment