Salam,
Hari ini sebagaimana biasa saya ke masjid untuk solat Jumaat. Sejak perubahan kerajaan di negeri ini, saya lebih kerap mendengar khutbah yang mempertahankan suatu pihak sambil memperlihatkan kerajaan terdahulu dan penyokongnya sebagai pihak yang serba tidak betul. Saya percaya ia tidak berlaku dimasjid ini sahaja, malah ditempat lain juga.
Khutbah hari ini menyebut soal qazaf, suatu istilah yang ramai diantara kita tidak arif. Tajuk khutbah itu juga menyorot situasi politik negara masa kini, khususnya masalah peribadi seorang pemimpin pembangkang. Mendengar khutbah tersebut seolah-olahnya saya mendengar ceramah dipentas parti politik pembangkang yang sedang mempertahankan seseorang. Bukan semua jemaah mempunyai tahap kecerdikan yang sama. Memang benar isi khutbah menjelaskan apakah itu qazaf serta keperluan kepada pembuktian melalui empat orang saksi, dan akibat daripada kegagalan jika gagal mengemukakan empat orang saksi.
Namun khutbah tidak menyebut bahawa tiada sesiapa pun yang menuduh ketua pembangkang itu telah melakukan zina. Saya merujuk kepada tulisan YB Zulkifli disini. Saya bukanlah begitu lembab untuk menerima begitu sahaja khutbah yang disampaikan tadi. Apakah begitu terdesak sekali pihak ini hingga menggunakn pula mimbar masjid untuk kepentingan, keperluan peribadi satu pihak. Sebaiknya sampaikanlah ilmu berkaitan qazaf ini tanpa memperlihatkan kenyataan yang menyokong satu pihak. Orang yang dipertahankan itu pun tidak bersih sebenarnya. Pihak inilah juga suatu ketika dulu begitu lantang memberi gelaran buruk dan hina kepada ketua pembangkang. Atas niat apa yang tidak diketahui, pihak ini juga begitu bersungguh-sungguh menyokong dan menjulangnya. Apakah balasan fitnah itu hanya ditujukan kepada orang-orang kerajaan? Mengapa tidak dikhutbahkan balasan terhadap pihak yang menuduh fitnah peimipin negara seperti DS Najib?
Saya mengharapkan khutbah, ceramah dan tazkirah yang diisi dengan ilmiah, tanpa perlu menyakiti, memperbodohkan jemaah. Apakah tuan penceramah tidak takut kepada balasan kerana turut sama mengulang sampaikan beberapa isi tidak benar? Walaupun hati saya tidak tenteram dengan khutbah atau ceramah seperti itu, saya maafkan mereka itu.
Sekian.
Thursday, 9 June 2011
Wednesday, 8 June 2011
Perempuan meminang lelaki?
Salam,
Siapa yang tidak pernah mendengar ungkapan Tan Sri P. Ramlee yang memegang watak ahli nujum -- 1 banyak.., 2 sedikit.., 3 jarang-jarang.., 4 kadang-kadang... Ianya menyentuh tentang perkara kahwin, suatu perlakuan yang mendapat balasan baik dan amat digalakkan dalam Islam.
Kita juga biasa mendengar ungkapan bujang terlajak yang merujuk kepada lelaki lambat kahwin, dan andartu bagi perempuan yang juga lambat kahwin. Naluri manusia seperti juga makhluk yang lain adalah berkeinginan kepada pasangan. Tetapi hari ini dengan adanya pelbagai perubahan sosial, dilihatkan bahawa keupayaan untuk berkahwin seolah nampak bertambah sukar. Tentunya ada pelbagai alasan yang wajar dan tidak tepat bagi menyatakan mereka lambat kahwin.
Sudah ada yang pernah melontarkan cadangan: mengapa tidak perempuan meminang lelaki? Saya setuju dengan cadangan ini bahawa wanita yang lambat kahwin itu perlu memulakan langkah dengan meminang lelaki yang diminati. Butiran lengkap cadangan saya adalah seperti berikut.
Ali dan Fatimah adalah dua calon yang memohon jawatan pegawai disebuah jabatan. Mereka mempunyai kelayakan yang sama. Selepas temuduga, Fatimah berjaya manakala Ali terpaksa meneruskan kerja-kerja sampingan dikampung dengan pendapatan yang kecil. Jika dinilai dari kemampuan kewangan, maka Fatimah dalam kedudukan yang lebih baik. Saya cadangkan supaya Fatimah mengambil 'pakej' jawatan tersebut iaitu ia digalakkan meminang Ali. Andaikata
Ali yang mendapat jawatan itu dulu, sudah tentu tiada masalah baginya melaksanakan 'pakej' jawatan itu iaitu meminang Fatimah. Samalah juga jika Fatimah tidak memohon jawatan tersebut, maka Ali lah yang akan menjawatnya dan tiada masaalah baginya untuk meminang Fatimah. Bila Ali 'tidak bekerja' atau bergaji lebih rendah atau berjawatan rendah dari Fatimah, amat sukar baginya meminang Fatimah.
Apa yang saya lihat disini ialah, perlaksanaan 'pakej' tersebut. Jika semua perempuan 'tidak bekerja', yang lelaki sahaja bekerja, macam ibu bapa dan nenek kita dulu... bilangan dan peratusan andartu sangat kecil.
Mungkin ada yang tidak suka..namun bagi saya ianya suatu cadangan, siapa pun boleh memberi ulasan.

Tuesday, 7 June 2011
Berlebihan teknologi dan diet teknologi
Pembaca yang budiman,
Assalamualaikum,
Kemana sahaja kita pergi hari ini kita akan jumpa begitu ramai manusia yang tidak lekang daripada menggunakan teknologi komunikasi. Sepanjang masa manusia memerlukan teknologi maklumat ini didalam kehidupan mereka. Seolah-olahnya serba tidak kena dan tidak lengkap kehidupan tanpanya.
Bangun pagi dikejutkan oleh 'alarm' dari Blackberry. Membaca surat secara eletronik dari Blackberry. Melihat tarikh, masa dan tempat temujanji dari Blackberry. Pergi kelokasi temujanji berpandukan GPS dari Blackberry. Merakam taklimat dari temujanji tadi dengan Blackberry. Entah apa-apa lagi dengan Blackberry hinggalah saat-saat akhir sebelum melelapkan mata pun perlu 'set alarm' Blackberry.
Kita terlebih sibuk dengan adanya Blackberry yang sepatutnya meringkas. Penulis Barat menyebut ia sebagai 'technology overload'. Teknologi yang menentukan kagiatan manusia dimana sepatutnya teknologi hanyalah alat sampingan. Tiada apa yang salah disini. Tetapi bagi manusia yang sentiasa bergantung kepada alat ini, maka sudah pastinya ia akan merasakan tempang bilamana alat teknologi tersebut gagal berfungsi.
Apakah pemahaman anda bila melihat seseorang yang duduk disebelah anda didalam komuter, bas atau dibangku rehat, tekun dengan iPad atau dengan komputer ribanya? Ia tak mahu berbual dengan anda? Tahap kesediaan bersosial orang itu boleh dikatakan lebih rendah berbanding tahap keinginannya bersosial. Mungkin juga orang itu terlalu sibuk hingga tiada masa untuk meluaskan silaturrahim. Bagi saya, teknologi maklumat seharusnya digunakan sebagai alat penambahbaikan dan bukannya sebagai penentu kahidupan. Pendapat saya ini pastinya berbeza dengan pembaca lain terutamnya dari generasi yang lebih muda, yang lahir dalam suasana teknologi maklumat.
Saya pernah berbual dengan seorang profesor dari sebuah universiti tempatan dalam satu perjumpaan. Saya mohon dapatkan nombor telefon bimbitnya namun profesor tersebut tidak menggunakan sebarang telefon bimbit. Ia lebih selesa dengan telefon talian dipejabat atau dirumah.
Dalam pembacaan saya berkaitan berlebihan teknologi ini, saya juga berjumpa dengan satu lagi istilah yang agak menarik iaitu 'diet teknologi'. Saya pasti ramai pembaca tentu boleh memahami maksud istilah ini. Oleh kerana teknologi maklumat seperti telefon bimbit, PDA, iPad dan sebagainya ini boleh menyebabkan pengguna menjadi ketagih, maka wajarlah pengguna tersebut mengatur sendiri diet teknologi dalam kehidupannya. Berpada-pada lah dalam menggunakan alat komunikasi itu, bukannya berlebihan. Suatu senario yang agak melucukan saya lihat baru-baru ini. Seorang lelaki berdiri dipembahagi jalan disebelah tiang lampu isyarat sambil tangannya menghayun kesana-sini dan bercakap seorang diri. Anak saya kata orang gila lah itu. Ya lah jawab saya. Apabila membelok kekanan, barulah saya terlihat wayar 'earbuds' dari poket terus ketelinganya. Anda pun tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Bagi sebahagian pembaca, 'technology overload' dan 'technology diet' ini adalah tiada apa-apa dalam kehidupan mereka. Namun bagi saya, yang sentiasa berhadapan dengan puluhan dan ratusan pelajar setiap hari, ianya menjadi suatu tajuk yang menarik untuk saya terokai sambil saya menjalankan tugas.

Subscribe to:
Posts (Atom)