Tuesday, 20 October 2015

Seharian melawat Bandung

Hampir jam 9 pagi bas mula beredar meninggalkan hotel penginapan, untuk kami melawat sekitar Bandung. Cuaca pagi ini agak nyaman, seperti di Cameron Highland, malah ramai yang mundar mandir di sekitar itu masih lagi memakai baju yang agak tebal. Hari ini trip ini akan ke puncak gunung, namun akan memulakan lawatan sekitar bandar terlebih dahulu.

Singgahan pertama adalah disebuah toko ekskulsif menghasilkan baju dan barangan batik. Menurut tour guide itu, semasa mesyuarat pemimpin ASEAN yang baru lalu, pakaian batik pemimpin negara yang bermesyuarat dihasilkan oleh toko ini. memang mahal . Sehelai kemeja lengan panjang batik berharga RM1,800. Tu dia..

Kemeja batik eksklusif ini berharga RM1,800
Seorang sahabat sempat membeli beberapa barangan cenderahati seperti kopiah batik Jawa. Seperti biasa di luar toko ramai nya peniaga jalanan yang sebenarnya mengekori trip kami dari hotel tadi. Masing-masing mahu menarik perhatian kami utnuk membeli barangan yang mereka jual.

Bas bergerak ke sebuah local boutique iaitu Donatello - menjual kasut, beg tangan, Nampak OK la, tapi saya tak berminat nak beli barangan seperti ini.

butik Donatello 
Kalau sesiapa melawat bandung, pasti akan dibawa ketempat ini: Rumah Mode. Di sini ada outlet pakaian, restoran dan pusat refleksology. Pakaian , biasa-biasa ajer..makanan, agak luar biasa, yang kita tak jumpa di Malaysia.

makan cendol dimasak dengan dapur kayu di Rumah Mode...smoked cendol !

Hari semakin panas dan perut pun dah lapar. Trip ini singgah makan dulu >> biasa la..kan. Nasi Padang.



Selepas makan, trip bergerak ke puncak gunung yang memang popular di Indonesia iaitu Tangkuban Parahu. Dalam perjalanan singgah solat jamak disebuah surau, melalui jalan yang sempit lagi berliku menuju puncak gunung.

sempat imarahkan surau ini semasa dalam perjalanan..Alhamdulillah
Kurang satu jam perjalanan dari restoran nasi padang tadi, kami sampai ke puncak Tangkuban Parahu.

kawah gunung

pengunjung dan peniaga di puncak gunung
Kira2 satu jam kami di puncak, tiba masa turun semula. Rasa sebentar sahaja sudah sampai semula pusat bandar. Kami di bawa ke suatu kedai yang agak istimewa, menjual tauhu goreng dan tauhu bakar. Ada juga beberapa jenis kuih tradisi, tetapi tidak pasti apa namanya.

tauhu bakar dan tauhu goreng..mahu yang mana?

Hari semakin petang dan tour guide bawa kami dinner di sebuah restoran dalam hutan >> Kampung Daun nama nya ! Memang seperti didalam hutan, makan dalam pondok2 kayu beratap daun, ada anak sungai mengalir ditepi, dibawah rimbunan buluh...makan pun dalam lampu yang malap gitu. Tak pa lah..kan...pengalaman!




Aktiviti hari ini habis selepas makan malam. Esok akan pergi shopping kata nya!


********..tunggu*******

Wednesday, 30 September 2015

Jakarta - Bandung 4H3M

Assalamualaikum...

Sebelum hari raya dah rancang nak pergi cuti beberapa hari, samada dalam atau luar negara. Maka survey lah beberapa agensi dengan pakej mereka. Akhirnya pilih yang ini, 4H3M Jakarta - Bandung. Ini lawatan kali pertama saya, tapi kali kedua bagi isteri. Tarikh yang di pilih ialah 27 - 30 Ogos 2015.

Penerbangan pergi jam 4.30 di KLIA dengan KLM. Seperti biasa, kita kena tiba 3 jam lebih awal. Dengan teksi kami tiba di KLIA jam 1.15 thari. Jumpa dengan Tour Leader, Zu, beritahu dia kami nak solat dan nak makan kat bawah.

Jam 3.30 kami dah ke departure hall. Lihat kat skrin tu ada beberapa "flight delay" termasuklah k/terbang KLM tu. Lama juga tunggu, bateri hp pun dah merah...sat lagi padam terus. Jadual kata 4.20 petang tapi boarding jam 6.50 ptg. Petang tu penerbangan KLM ke Jakarta penuh. Full house beb!

Mendarat malam di Jakarta, terus naik bas ke Bandung. Tak dapat nak tengok sangat apa2 yang boleh di catatkan. Tour guide kata perjalanan kurang lebih 2 jam, melalui lebuhraya. Kami dibawa makan malam dahulu dis ebuah restoran Minang.  Dalam perjalanan ada lah juga berhenti kat satu tempat ala R & R la, tapi tak seperti PLUS punya. Terus lagi bas gerak hingga jam 11.30 malam tiba di Bandung. Penat dan mengantuk..2 dalam satu. Hotel tu hanya dua level, tak besar, jadi mudahlah sesi pendaftaran.

Perggghhh...lega nya bila dah masuk bilik. Kemas diri,  jamak takhir >>> ZZZZ.


Seperti mana ramai tahu bahawa cuaca di Bandung agak nyaman seperti Cameron Highland. Pagi tu bila menjenguk keluar tingkap, semua orang yang lalu lalang disitu memakai baju tebal atau jaket. Jam 7-30 pagi saya dan isteri dah ke cafe untuk sarapan.

Bfast@Sany Rosa Bandung

Menu biasa2 jer... disediakan menurut cara mereka lah. Saya ni jenis tidak cerewet, bersyukur jer bila ada makanan.

Untuk guna telefon, harap wi-fi lah. Tapi kat sini, wi-fi ni protected. kena tanya password. Pada hal kat tempat kita, hotel, bistro atau fastfood restautant open jer wi-fi masing2. Lain tempat, lain cara lah kan...

Kami di ingatkan oleh Zu, destinasi pertama berangkat jam 8.30 pagi >> naik gunung... Tangkuban Parahu kata nya ! ! Ok lah..lepas bfast, sempat ke bilik untuk urus diri, kami dah sedia menaiki bas ke destinasi pertama.




Monday, 13 April 2015

Rumah Makan Nasi Padang


Pada hari terakhir di Makassar, dari maklumat staf hotel, kami ke sebuah restoran nasi padang. Orang tempatan panggil Rumah Makan Nasi Padang. Tak perlu pelik dengan nama yang di berikan.
Dengan teksi kami bayar dalam RM7-10.


Nasi padang 
Apa istimewa nya kali ini? Di rumah makan ini, nasi kita dihidangkan dengan 17 jenis lauk dan sayur diatas meja makan kita. Itu cara mereka. Kita hanya bayar apa yang kita makan sahaja. Ada pelbagai jenis masakan ayam, daging, dan sayur. Seperti biasa, ayam nya adalah ayam kampung, yang agak kecil, dengan pelbagai resepi masakan. Terdapat tidak kurang 5 jenis sambal. Makan dua orang, kami bayar kira-kira 155 000 rupiah (RM 45 ). Rumah makan ini adalh tempat kelas menengah, di kunjungi ramai penjawat awam yang kelihatan nya berpangkat dan juga beberapa kumpulan ahli perniagaan. Satu perkara yang kami tak boleh toleransi ialah: asap rokok. Mereka merokok dimana sahaja....dengan segera kami bayar dan keluar dari rumah makan ini.

Apa pun...Alhamdulillah. Secara peribadi, rasa masakan Padang di Malaysia lebih sedap dari apa yang kami makan di sana. Mungkin di Malaysia, ianya telah diubahsuai dengan citarasa kita.

Selepas ini mungkin akan ke Lombok pula....... in sya Allah.



Sunday, 22 March 2015

Makassar, Indonesia

Pada akhir Disember 2014, saya mula mencari pakej percutian pada Januari atau Februari 2015. Pada awalnya ingin ke Maghribi dan Sepanyol atau ke Jordan dan Baitul Maqdis. Rancangan itu terpaksa di tunda ke suatu masa lain kerana ada urusan keluarga, maka tidak boleh cuti panjang.

Mengapa tidak Indonesia?...Isteri saya sudah ke Medan, Bandung dan Jakarta, maka ia cadangkan ke suatu tempat lain. Padang + Bukit Tinggi pula tarikh berlepasnya tidak sesuai, manakala tarikh lain semua sudah penuh. Maka saya cari lah sendiri - Balik Papan, Banjarmasin, Makassar atau pun Lombok. Selepas mencari tarikh yang sesuai dan juga tiket kapalterbang yang masih ada, maka saya dan isteri berkunjung ke Makassar pada 26- 30 jan 2015 yang lalu.

Tiada apa-apa pengetahuan mengenai Makassar, redah ajer. Tempah tiket kapalterbang yang ada - AirAsia dari KLIA2 ke Sultan Hasanuddin International Airport, Ujung Padang, Sulawesi. Hotel yang di tempah - M Regency Hotel, Daeng Tompo Makassar. Sebenarnya saya dan isteri tidak tahu apa2 mengenai Makassar. Selepas menempah tiket kapalterbang, saya mula mencari maklumat dari laman Web, laman blog pengembara dan sebagainya.

Sampai di airport yang lebih dikenali dengan Bandara Sultan Hasanuddin, saya merasa agak kekok, apatah lagi bila melalui beberapa prosedur keselamatan mereka. Semua penumpang perlu mengisi borang deklarasi ( seperti dimana-mana airport lain), akan tetapi tiada kemudahan meja untuk menulis. Ada yang mengisi borang beralaskan tiang, dinding atau diatas lantai. Bila di tanya mengapa tiada tempat menulis, jawapannya mudah: kami hanya menjalankan tugas ! Kejutan pertama iaitu, tidak mesra pelanggan!

Dari airport ke hotel sejauh 35 KM, saya menyewa teksi dengan harga 135,000 rupiah. Tambah tol 10, 000 rupiah. Sebaik keluar dari airport, hujan bertambah lebat, sepanjang perjalanan yang sesak, tambahan pula selepas waktu pejabat.

Jam 5.30 ptg saya telah sampai di hotel, M Regency Makassar, selepas daftar masuk >> terus rehat.
M Regency Makassar


Hujan turun tanpa hentinya menyebabkan beberapa jalan di sekitar Makassar di naiki air. Agak sukar untuk bergerak kemana-mana. malam itu kami hanya berjalan kaki ke sebuah restoran makanan laut, yang agak popular dikalangan penduduk dan pelancong.


Kepiting sweet sour 

Makan malam di Restoran Poalam ini amat memeranjat kan kami. Pertama, restoran ini ada persembahan penyanyi secara live. Kedua, harga makanannya sangat mahal. Saya jangka di Malaysia kita hanya perlu bayar tidak sampai RM100 untuk menu itu, tetapi malam itu saya bayar RM178. !


Pagi esoknya untuk sarapan, kami bercadang untuk rasa makanan rakyat tempatan. Agak sukar mencari kedai makan waktu pagi. Selepas berjalan beberapa blok, jumpa lah sebuah kedai makan ini..ntah apa namanya.

Breakfast: nasi kuning, buras, sop daging ++ beberapa menu lain
Ternyata selera orang Malaysia dan Makassar sangat tidak sama: tak lalu makan walau perut lapar. Apa pun saya hargai perbezaan menu yang di lalui hari ini. Harga kira2 RM17.

Selepas sarapan, berjalan lah kami di hadapan waterfront yang amat popular di situ iaitu Pantai Losari.

Di Pantai Losari 
Sarapan pagi @ M Regency Makassar


Secara peribadi, Makassar belum bersedia menerima kunjungan pelancong antarabangsa. Terdapat beberapa perkara yang perlu di perkemaskan.

Pertama, banyak jalanraya dalam bandar adalah jalan warisan yang sempit dimana tidak boleh dilalui oleh bas besar untuk pelancong.

Kedua, harga tambang beca dan teksi yang tidak boleh dikawal. perkhidmatan beca selama dua jam, saya bayar 200,000 rupiah ( RM60), sangat mahal, melebihi harga perkhidmatan teksi. Begitu juga bila saya guna teksi, saya telah di permainkan. Perjalanan pergi ke suatu tempat saya bayar 22,000 rupiah (RM7), bila balik, pemandu teksi bawa saya memasuki beberap jalan yang bukan menuju hotel. Bila sampai hotel, caj dikenakan 53,000 rupiah.

Ketiga: kebersihan tidak di utamakan. Sesiapa yang penggeli, maka nya tidak lalu makan di gerai atau restoran. Ambil mudah terhadap kebersihan mereka sama lah seperti apa yang saya lihat di kalangan pembantu rumah mereka yang bekerja di Malaysia. Setiap kali order makanan, saya yang akan order dan pastikan isteri tidak melihat cara mereka sediakan makanan. Isteri saya sangat penggeli, dan boleh muntah di situ juga kalau dia tengok cara mereka sediakan makanan.

Keempat: surau ditempat awam. Di Malaysia, tiada surau unisex, tetapi itulah keadaan nya disana. Tempat wudhuk pun kongsi guna. Redha ajer lah..

Kelima: kita di Malaysia dah biasa keluar malam ke kedai mamak, bistro, warung tom yam...ngeteh hingga larut malam....itu suasana makan malam kita. Di Makassar tiada warung teh, tiada roti canai, tiada bistro, tiada burger..... ada banyak kereta sorong yang menjual hanya satu makanan: pisang bakar. Jika lalu makan pisang bakar hingga larut malam...sila kan

Empat hari di Makassar, kami pergi ke Trans Studio, sebuah shopping kompleks terbesar, pergi juga ke Plaza Panakukkang ( shopping complex). Makassar bukan lah destinasi shopping. Saya nak cari produk rakyat tempatan pun tiada apa-apa yang mereka buat sendiri.




Rancangan untuk ke tanah tinggi Malino tidak diteruskan kerana tidak setuju dengan harga teksi.( harga biasa adalah antara 300 - 400 ribu rupiah, tetapi teksi ni minta sebanyak 800,000 rupiah)



******* bersambung ********