Thursday, 27 March 2014

Dari Bukhara menuju Samarkand

Selepas sarapan, jam 8.30 pagi kami telah bersedia menaiki bas yang membawa kami ke bandar Samarkand. Cuaca pagi ini lebih sejuk dari semalam. Angin juga agak kencang, menambahkan lagi cengkaman sejuk. Mr. Bachrom dan pemandu bas juga telah sedia disitu.

daftar keluar Asia Bukhara Hotel untuk ke Samarkand
Jam 9.00 pagi bas gerak meninggalkan Bukhara. Mengikut jalanraya perjalanan dijangka kan selama 3-4 jam. Tiada sebarang masalah didalam kawasan bandar Bukhara, tetapi sebaik sahaja berada di luar bandar, jalanraya agak kasar dan berlubang. Bukan semua jalan berturap tar seperti lebuhraya PLUS. Apa pun ini lah kenyataannya bahawa Uzbekistan merdeka pada tahun 1990, baru 23 tahun merdeka. Keadaan ini mengingatkan saya negara kita pada awal tahun 1970an dulu. Saya suka melihat kehidupan diluar bandar. Akan tetapi tanah pertanian semua nya kosong waktu ini kerana musim sejuk.


peniaga epal dan delima di perjalanan
Menjelang waktu zuhur, bas tiba di bandar Samarkand. Tempat ziarah utama kami ialah makam Imam Bukhari. Makam dan taman nya sedang dalam proses baik pulih dan menambah kemudahan awam. Kami sempat solat jamak zuhur dan asar dimasjid dalam kawasan makam ini.Cabaran utama solat disini ialah wudhu' >> seperti air batu.

kompleks Imam Bukhari

kompleks Imam Bukhari

dibawah menara kubah biru inilah laluan ke pusara Imam Bukhari

laluan utama di komplek Imam Bukhari
Untuk makan tengahari hari itu, Mr. Bachrom bawa kami ke Restoran Samarkand, di tengah bandar.


menu tengahari: kebab @ Restoran Samarkand
Makan tengahari di restoran ni ...OK la. prata dgn kebab, sup ayam. Yang lain daripada apa kita biasa jumpa ialah, di aras bawah ada majlis tari menari a.k.a dance floor. Lepas makan kami check-in di Hotel Registon. Petang itu kami rehat jer.. aktiviti sendiri. Dinner jam 7.00.

penginapan di Samarkand @ Registon Hotel

dinner @ Registon Hotel
Petang hingga malam adalah aktiviti bebas, esok akan melawat bandar Samarkand.


Tuesday, 25 March 2014


Al Fatihah dan salam takziah




Walau apa pun puncanya, aku tetap mendoakan semua orang Islam didalam MH370 di rahmati Allah SWT.





Sunday, 23 March 2014

Bukhara: damai dan nyaman

Waktu solat subuh di Bukhara hari itu sekitar jam 6.10 pagi. Jam 7.00 pagi kami sarapan. Tour leader kami, Cik Fifi maklumkan supaya bersedia didepan hotel sekitar jam 9.00 pagi untuk lawatan hari itu.

Memulakan lawatan hari pertama: Bukhara City Tour 

Bas telah sedia menunggu di hadapan hotel semasa saya keluar pagi itu. Oleh kerana masih awal lagi, tour guide kami Mr. Bachrom membawa kami ke Bahouddin Naskhband Complex, seorang imam yang ternama di kalangan rakyat tempatan.

Bahouddin Naskhband Complex, Bukhara
Imam Bahouddin diriwayatkan telah pergi ke Mekah dengan berjalan, membawa bersama nya sebatang kayu sebagai tongkat. Sampai di suatu tempat, ia cuba meninggalkan tongkat itu, tetapi menurut riwayatnya, kayu itu berjalan mengekorinya. Kisah itu dinamakan sebagai "The Walking Stick' , namun kebenaran kisah ini tiada siapa dapat sahkan. Namun begitu, peninggalan 'walking stick' ini ada ditempatkan di kompleks ini.

Tunggul kayu besar 'the walking stick'
Keseluruhan kompleks Imam Bahouddin dalam proses baik pulih. Ia dianggap tempat suci dan dalam program persiapan jemaah haji Uzbek, mereka mesti datang kesini sebelum ke Mekah. Unsur senibina jelas menunjukkan cara hidup masyarakat Uzbek.

Maulana sentiasa membaca ayat suci al Qur'an secara tahfiz dan pelawat boleh menjamah makanan yang disedekahkan oleh pengunjung.

Binaan kolam suatu ketika dahulu sebagai tempat wudhu'
Selepas 1 jam di Kompleks Imam Bahouddin, bas bergerak ke Makam Ismael Samani. Kawasan ini juga dalam proses pemulehan dimana beberapa bahagian taman sedang di siapkan.

Salah satu monumen di Makam Ismael Samani
Bangunan diatas mempunyai keunikan tersendiri. Ia dibina dengan mengambilkira kedudukan ufuk matahari dan bulan pada sesuatu tarikh. Di suatu bucu bumbung kiri sebelah pintu utama terdapat dua lubang cahaya. Pada satu tarikh tertentu dalam setahun akan berlaku keadaan dimana cahaya bulan mengambang akan masuk melaluinya dan jatuh keatas satu tapak yang berada betul-betul ditengah lantai bangunan ini.

Kami terus bergerak ke Citadel Ark Fortress, sebuah istana merangkap kubu pertahanan sultan yang memerintah Bukhara dahulu, Minaret Kolon dan Grand Mosque Bukhara.

Citadel Ark Fortress, kini sebuah mercutanda sejarah Bukhara
Minaret Kolon ( madrasah empat menara)
Grand Mosque, Bukhara
Masjid utama Bukhara ini terletak di kawasan Old Grand Bazaar. Kawasan ini biasanya menjadi tumpuan pelancung kelihatan lengang kerana sekarang musim sejuk. Saya minat topi tempatan, lalu beli sebuah topi kulit arnab( RM80), sesuai menutup kepala dimusim sejuk.

Rabbit skin winter cap
Makan tengahari kami disajikan dengan nasi beriyani bukhara, di rumah persendirian, bukannya direstoran. Tuan rumah masak sendiri dan hidangkan makanan secara butik kepada tetamu yang telah membuat tempahan terlebih dahulu. ruang makan agak kecil, paling sesuai untuk 20 orang.

Hidangan tengahari > nasi beriyani Bukhara
Rupa dan rasanya tidaklah sama seperti yang ada kat Malaysia, tetapi itu lah saya cari iaitu bukan yang biasa. Nasi dihidang dalam satu mangkuk hidang besar dan dihiasi daging dan carrot diatasnya. Burrrrpp.. alhamdulillah.

Beberapa kedai yang kami lalui, kami dipanggil masuk oleh tuan punya kedai yang sentiasa mempelawa tetamu. Pintu kedai semuanya ditutup rapat bagi mengelakkan angin sejuk masuk Sehingga jam 5 petang barulah saya terasa sangat penat berjalan dan mengajak isteri pulang ke hotel untuk rehat. Sebenarnya kawasan Old Grand Bazaar ini hanya 20 meter dari hotel kami.

Makan malam kami di bawa ke kawasan Old Bukhara, ke Restaurant Karavan.


Dinner:  kebab @ Karavan Restaurant
Dinner di Karavan Restaurant, saya dan isteri duduk bersama Dato' Mislan dan Datin. Kebab tu OK, sedap, lain-lain tu salad, dan mesti nya sup dan buah potong.


Akan datang: menuju Samarkand


Menjejak kami di bumi Imam Bukhari

Kami tiba di bumi Uzbekistan kira-kira jam 3.30 petang waktu Tashkent. Proses melepasi imigresen memakan masa yang agak lama. Mereka tidak 'sepantas' imigresen di KLIA. Jam 5.30 ptg kami keluar dari airport itu, sebuah bas sedia menunggu kami di luar, bersama 'tour guide' bernama Bachrom. Pemandu teksi begitu ramai diluar memanggil-manggil penumpang. Sambil menunggu beberapa ahli rombongan yang lain menaiki bas, sempatlah juga saya mengambil beberapa gambar. Cuaca ketika itu sekitar 5 Celcius.


kawasan gunung di liputi salji di Uzbekistan
Tashkent International Airport
Dari Tashkent kami akan menaiki kaparterbang lain ke Bukhara. lawatan ini bermula di Bukhara, ke Samarkand dan kemudian kembali ke Tashlent.

Bas akan membawa kami ke sebuah 'domestic airport' yang lain, kira-kira 15 minit perjalanan dari situ. Semua penerbangan dalam negeri adalah menggunakan domestik airport.Di domestik airport ini, dapat saya rasakan betapa bersyukur nya kita di Malaysia. Bachrom memberitahu bahawa airport ini di biayai sepenuhnya oleh seorang peniaga Uzbekistan yang kini menetap di Bahrain. Ianya baru dibina, baru dua tahun siap, tetapi tiada bilik solat. Tiada kemudahan untuk penumpang untuk solat. Tiba di domestik airport sudah jam 5.15 petang maka tergesa-gesa mencari bilik air untuk wudhu' dan solat di ruang kosong tempat menunggu. Jam 5.35 waktu Maghrib masuk di Tashkent. Isteri saya , Sham sempat juga jama' takhir Zuhur/Asar dan jamak takdim Maghrib.Isya' . Saya jamak takhir Maghrib /Isya di Bukhara.

Penerbangan dari Tashkent ke Bukhara pada jam 8 malam. Maka kami semua tunggu di airport yang lengang itu dalam kelaparan.
Tashkent Domestic Airport >> menunggu penerbangan ke Bukhara
Kapalterbang ke Bukhara kecil sahaja, se akan Firefly. Dalam masa 2 jam kami tiba di Bukhara. Tiada kemudahan subway, perlu turun kapalterbang dan redah malam yang sangat sejuk, menarik hand luggage ke bangunan terminal. Fuuhh... sejuk yang sangat mencengkam kerana saya tidak memakai sebarang baju sejuk. Akhirnya dalam kesejukan itu kami tiba di Bukhara.


Sekali lagi kami perlu meredah malam bersama kesemua beg, dari terminal ke bas yang menunggu kami di luar pagar kerana bas tidak dibenarkan masuk kerana sudah malam. Ini lah pengalaman seronok kami tiba di bumi asing ini, yang seharusnya membuatkan saya bersyukur dengan apa yang ada di negara sendiri. Jam 10.30 malam kami tiba di hotel penginapan, terus dibawa ke dewan makan untuk makan malam kami. Beg akan di uruskan oleh staf hotel.

dinner @ Asia Bukhara Hotel

Sup nasi di Asia Bukhara Hotel

Walaupun sangat asing, saya boleh juga makan dengan menu yang disediakan, tiada rungutan lansung. Memang ke Uzbekistan ini untuk merasa masakan mereka selain melawat tempat bersejarah mereka. Selepas dinner ... masa untuk rehat selepas perjalanan yang begitu jauh.


Lawatan bandar Bukhara ... nantikan


Wednesday, 19 March 2014

Winter @ Tashkent


Pada Disember 2013, saya merancang untuk melancung lagi. Cuti panjang akan hadir pada bulan February nanti - musim sejuk bagi hemisfera utara. Kali ini >> ke Uzbekistan. Saya dan isteri bercadang pergi dengan travel agency yang dulu tu, POTO travel, atas keyakinan mutu servis dan juga status makanan halal dalam pakej mereka.Pakej Uzbekistan kami ialah pada 28 Jan - 4 Feb, 2014, selama 8 hari.

Untuk ke KLIA , saya keluar jam 6.00 pagi, singgah di R & R solat subuh dan tiba jam 7.15 pagi. Lapor diri dengan petugas POTO, Cik Afifi di Aras 5 dan flight jam 10.10 pagi. Saya ajak isteri breakfast di Aras 1 sebab dah rasa lapar.

Selepas menaiki aerotrain, kami berkumpul di Platform 6, berjumpa lah dengan semua sahabat yang pergi bersama hari itu. lebih ramai lagi rakyat Uzbek yang akan pulang ke Tashkent.
Platform 6 sebelum menaiki Air Uzbekistan di KLIA
Di situ saya mengenali Dato' Mislan dan Datin, En. Razak dan keluarga dan juga En. Rashid dgn isteri dari Kuala Terengganu. Kami tidak lama disitu, terus melangkah ke kapalterbang. Perjalanan mengambil masa 7 jam kearah barat laut Malaysia. Oleh kerana terbang ke arah barat, maka jangkamasa menjadi pendek, dijangka sampai jam 4 ptg di Tashkent.