Kami tiba di bumi Uzbekistan kira-kira jam 3.30 petang waktu Tashkent. Proses melepasi imigresen memakan masa yang agak lama. Mereka tidak 'sepantas' imigresen di KLIA. Jam 5.30 ptg kami keluar dari airport itu, sebuah bas sedia menunggu kami di luar, bersama 'tour guide' bernama Bachrom. Pemandu teksi begitu ramai diluar memanggil-manggil penumpang. Sambil menunggu beberapa ahli rombongan yang lain menaiki bas, sempatlah juga saya mengambil beberapa gambar. Cuaca ketika itu sekitar 5 Celcius.
| kawasan gunung di liputi salji di Uzbekistan |
| Tashkent International Airport |
Bas akan membawa kami ke sebuah 'domestic airport' yang lain, kira-kira 15 minit perjalanan dari situ. Semua penerbangan dalam negeri adalah menggunakan domestik airport.Di domestik airport ini, dapat saya rasakan betapa bersyukur nya kita di Malaysia. Bachrom memberitahu bahawa airport ini di biayai sepenuhnya oleh seorang peniaga Uzbekistan yang kini menetap di Bahrain. Ianya baru dibina, baru dua tahun siap, tetapi tiada bilik solat. Tiada kemudahan untuk penumpang untuk solat. Tiba di domestik airport sudah jam 5.15 petang maka tergesa-gesa mencari bilik air untuk wudhu' dan solat di ruang kosong tempat menunggu. Jam 5.35 waktu Maghrib masuk di Tashkent. Isteri saya , Sham sempat juga jama' takhir Zuhur/Asar dan jamak takdim Maghrib.Isya' . Saya jamak takhir Maghrib /Isya di Bukhara.
Penerbangan dari Tashkent ke Bukhara pada jam 8 malam. Maka kami semua tunggu di airport yang lengang itu dalam kelaparan.
| Tashkent Domestic Airport >> menunggu penerbangan ke Bukhara |
Sekali lagi kami perlu meredah malam bersama kesemua beg, dari terminal ke bas yang menunggu kami di luar pagar kerana bas tidak dibenarkan masuk kerana sudah malam. Ini lah pengalaman seronok kami tiba di bumi asing ini, yang seharusnya membuatkan saya bersyukur dengan apa yang ada di negara sendiri. Jam 10.30 malam kami tiba di hotel penginapan, terus dibawa ke dewan makan untuk makan malam kami. Beg akan di uruskan oleh staf hotel.
| dinner @ Asia Bukhara Hotel |
| Sup nasi di Asia Bukhara Hotel |
Walaupun sangat asing, saya boleh juga makan dengan menu yang disediakan, tiada rungutan lansung. Memang ke Uzbekistan ini untuk merasa masakan mereka selain melawat tempat bersejarah mereka. Selepas dinner ... masa untuk rehat selepas perjalanan yang begitu jauh.
Lawatan bandar Bukhara ... nantikan
No comments:
Post a Comment