Tuesday, 22 November 2016


Menjejakkan kaki di kota London

Pada suatu hari yang di izin kan Allah, saya dan isteri telah sampai kota London pada akhir Ogos 2016 lalu. Dari KLIA, menaiki penerbangan Qatar, transit 2.30 jam di Doha, kami mendarat di Heathrow kira2 jam 7 pagi. Apa yang saya bayangkan sebelum ini tentang Heathrow, menerusi adegan dalam filem, nyata meleset. Ia nya airport lama, berbanding KLIA yang segalanya baru.
beberapa minit sebelum mendarat di Heathrow
menunggu coach bus 




















Selepas check-out, kami menunggu coach bus yang akan membawa kami bagi seluruh perjalanan selama 10 hari ini. Jam 9 pagi kami mula gerak menuju bandar London. Cuaca agak panas untuk summer kali ini.

Perut dah lapar pagi ni, sebab last makan masa dalam flight tadi. Mana nak cari kedai halal pepagi ni. Sheda kata ada satu outlet halal berdekatan Eye of London, buka jam 10 pagi. Masa tiba di kawasan Big Ben dan Eye of London, belum jam 10, maka belum ada lagi makanan halal untuk kami pagi itu. Sebahagian kami berjalan-jalan disekitar untuk melawat kawasan...he..he..macam wakil rakyat plak.

Maka, sarapan pagi@makan tengahari kami adalah di Noodle Box...sedap tu...mee goreng dalam kotak !
@Noodle Box

sedap sangat la kannn...

Selepas itu menyusuri lorong-lorong pejalan kaki hingga ke jambatan Sg Thames, mendekati Eye of London, istana Buckingham.

London walk-a-bout


ntah apa nama lokasi ni..tapi dekat dengan gambar bawah tu

walaupun tengah panas kan....senyum jer la
Istana Buckingham
Paling tak boleh sisih ialah menyusuri Oxford Street. Sempat juga masuk ke Primark dan beberapa gedung di sepanjang jalan tu. Saya di maklumkan, Che Ta suka ke Primark bila di London. Ada lah juga beli beberapa pasang pakaian untuk cucu2 buah hati kat M'sia. Dah penat di Oxford Street, tiba masa untuk daftar masuk hotel. Solat jamak takhir petang ni.

penginapan di London, Hasten Heritage Hotel
Sarapan pagi di Hasten Heritage Hotel
Selepas sarapan pagi di hotel, kami terus check out. Hari ini akan menuju bandar pelabuhan Dover untuk naik feri seberangi Selat Inggeris menuju Calais di Perancis. Perjalanan ke Dover selama 1 jam. Sebelum tiba di Dover, kami singgah di Ashford Designer Outlet, di kawasan Ashford. Apabila dibandingkan harga barangan nya, nyata berbaloi belanja di sini. Saya sendiri beli dua pasang kasut Clark 80 pound , (RM360) Kasut yang sama jika di AEON Malaysia harganya RM796. Isteri pula beli produk Body Shop yang katanya hanya 40% harga di Malaysia.
Ashford Designer Outlet
di atas feri menuju Calais, Perancis.
Sampai Dover, kami hanya tunggu tak sampai 30 minit, dah dapat tempat di feri. Menurut pemandu kami, Tom, kami amat bernasib baik kerana biasanya lebih ramai penumpang hingga menunggu selama 3 jam adalah lumrah. Alhamdulillah, perjalanan kami di permudahkan. Solat jamak takdim di atas feri sahaja kali ni.

Satu jam kami tiba di bandar pelabuhan Calais, naik semula coach bus dan Tom memandu terus ke lokasi penginapan kami malam itu, iaitu di Crown Plaza Hotel, Antwerp, Belgium.
dari terminal feri Calais menuju Antwerp
Hampir jam 6 petang kami tiba di hotel penginapan untuk malam itu, di Antwerp.

bilik kami di Antwerp..   cukup untuk tidur yang enak..
Malam itu kami semua di bekalkan dengan makanan bungkus, disediakan oleh orang Malaysia yang menetap di Antwerp. Kelihatan seperti nasi kerabu, tapi rasa sedikit kurang la. Sebab banyak bahan2nya tiada di Antwerp. Bagi saya, semua nya perlu di ucapkan Alhamdulillah. Malam itu kami perlu rehat sebaik mungkin. Esok akan bergerak kebeberapa lokasi di Belanda. Selamat malam Antwerp !!

Wednesday, 19 October 2016


Kota Bangkok yang kami lihat dan rasai


MBK Mall

Pengunjung kota Bangkok pastinya masuk ke mall ini. Tiada istimewanya mall ini berbanding Bukit Bintang Plaza di KL tu. Berbagai produk yang diragui ketulenan nya bergantungan di kakilima lot-lot kedai jualan dan diatas rak display mereka. Dari barangan berbentuk gajet, pakaian, hiasan peribadi, barangan elektrik....semua nya ada. Saya hanya melihat-lihat, tak beli pun sebab semua tu ada di hypermarket di Malaysia.

Kami masuk ke MBK mall ini selain nak melihat-lihat, juga nak ke sebuah restoran yang di syorkan oleh beberapa pengunjung yang pernah menjamu selera disini. Kalau tak silap saya, TripAdvisor juga pernah publish hal kedai makan di sini.

Nama restoran ini ialah Restoran Yana, di aras lima, iaitu aras yang menyediakan ruang makan, food court dan outlet makanan seumpamanya. Restoran ini di miliki oleh pengusaha dari Patani, menyediakan makanan halal. Dari segi rasa makanan, Alhamdulillah, saya dan isteri suka, harga juga tidak melampau. Makan berdua, ada tom yam udang, sup sayur campur, sayur belacan, sambal, air buah, ulam..cuma B45. Berbaloi la bagi kami.
makan malam di Restoran Yana, MBK Mall Bangkok


Platinum Fashion Mall

Mall ini khusus menjual pakaian, lelaki, wanita dan kanak-kanak. Namun ada juga barangan lain seperti cenderamata dan mainan. Cantik di lihat, cantik di mata tapi anda tidak dibenarkan membelek-belek apatah lagi mencuba. Al kisahnya...cuba..terai...test ...tu tak da dalam kamus dorang kat sini. Pilih, tunjuk dan penjual akan ambilkan, terus bungkus. Dah beli tak boleh pulangkan atau tukar. Bila penjual tu kata tak bleh nak pegang-pegang, saya cakap kat isteri..jangan beli apa2 pun dari mall seperti ini. Kalau kat tempat kita, boleh hidup tak peniaga macam ni?

Pasar pagi Pratunam


Kami ada juga berjalan-jalan disekitar mall ini yang sangat dikenali dengan Pratunam day market. Pasar pagi nya banyak di ceritakan dalam laman web. Pagi hari ketiga itu kami merayau-rayau di lorong-lorong yang penuh sesak dengan peniaga - sebut apa sahaja. Persaingan antara mereka sangat sengit. Saya di marahi oleh seorang peniaga di khalayak ramai hanya kerana memegang dua helai baju cotton yang saya ingin beli. Itu lah cara mereka. Kalau nak, tunjukkan, dan peniaga akan bungkus.
sandal yang berbagai warna di Pratunam @ B10

Siam Paragon

Mall ini setanding Pavillion di KL. Sebut apa sahaja produk import 5 bintang ada disini. LV, Gucci, Prada. Zegna, Burberry, Channel, Rado.....ada. Tapi saya tak cadang nak beli apa-apa, cuma nak masuk dan ambik gambar..ha..ha. Kami tiba di Siam Paragon ni agak awal, sebelum jam 10 pagi, sebelum ianya di buka. Ramai lah juga pengunjung yang duduk2 di luar menunggu. Sesebuah signature mall akan ada satu keunikan. Mall ini ada water fall wall di luar mall, dimana ramai pengunjung akan bergambar disini.

Restoran tidak halal ada di lower ground, di kunjungi oleh mat saleh dan juga dari Asia Timur. Tidak lama di sini, kerana kami perlu balik ke hotel untuk daftar keluar pada jam 12 nanti.

Waterfall wall Siam Paragon
tak boleh miss punya...LV

Tuesday, 18 October 2016


Pasar terapung Amphawa


Melawat kota Bangkok dikatakan tidak lengkap jika tidak melawat mana2 pasar terapung yang ada di sana. Ada beberapa pasar terapung di sekitar kota Bangkok. Saya juga telah mencari maklumat pasar terapung sebelum tiba di Bangkok. Pada hari kedua di Bangkok, kami telah melawat salah sebuah pasar terapung ini. Ia nya agak jauh dari kota Bangkok, arah selatan.

Selepas sarapan pagi di sebuah gerai berdekatan masjid, saya mengambil teksi untuk ke Amphawa. Tambang pergi balik ditawarkan sebanyak B100, yang saya anggap lebih murah dari beberapa tawaran yang saya terima daripada ulat teksi semasa tiba di stesen keretapi kelmarin.

sarapan di sini sebelum menuju Amphawa Floating Market


Perjalanan ke Amphawa sejauh 90 KM biasanya sangat memenatkan atas faktor kesesakan jalanraya. Namun hari itu, saya di permudahkan. Syukur Alhamdulillah. Tiada banyak kenderaan kerana cuti songkran, itu pun mengambil masa kira2 70 minit untuk tiba di Amphawa.

Kira2 jam 11 pagi tiba di Amphawa, matahari sudah panas terik. Pemandu teksi yang baik ini menurunkan kami dan menunjukkan beberapa laluan untuk memasuki lorong pasar di sini. Kami melalui lorong sempit ala rumah setinggan, meniti beberapa titi papan yang melendur bila di lalui. Rumah-rumah penginapan dan rumah kedai ini rupanya membelakangkan tempat meletak kenderaan. Bahagian hadapan premis semua nya menghadap sungai, yakni pasar terapung.

Kami memilih untuk naik sampan terlebih dahulu untuk melihat seluruh kawasan sungai. Hanya kami berdua sahaja atas sampan ketika itu dengan bayaran B90 satu sampan. Adalah suatu imej yang biasa bilamana kita menyusuri sungai dinegara sebelah sini, tidak dapat lari daripada melihat sesuatu yang tidak nyaman...ha..ha..

kedai jualan sepanjang tepian sungai Amphawa


Selepas 20 minit, kami tiba semula di kawasan pasar. Perut terasa lapar, tapi nak makan apa? Ada beberapa peniaga pasta dan makanan berasaskan noodle. Tak boleh makan, tiada keyakinan halal. Apa yang saya boleh 'terima' ialah grilled seafood seperti sotong bakar, udang bakar.

sotong dan udang bakar Amphawa floating market

Seafood ni sekadar alas perut sahaja. Hari semakin panas, kami balik semula ke Bangkok. Tidak jauh dari kawasan ini, perusahaan garam adalah industri utama. Kiri dan kanan jalan kelihatan kolam air laut yang dibiarkan terjemur oleh panas matahari dan menghasilkan garam yang memutih di permukaan air. Saya tidak berkesempatan mengambil gambar di sini.













Tiba  di Bangkok, kami terus mencari kedai makan halal yang telah di kenalpasti dari Google Search dan laman Thai Halal Food. Kedai makan pak Arab ini berada di kawasan Pratunam yang amat sibuk sebagai pusat shopping ala Bukit Bintang di KL. Merayau di Amphawa Floating Market, tapi makan tengahari di Bangkok...ha..ha. jauh tu.



Restoran Arab...ada juga kangkong belacan..he..he. Saya memang nak makan nasi, tapi isteri order roti Arab berlauk kambing tu.

Melawat Amphawa Floating market dan makan tengahari di restoran Arab hari itu melengkapkan aktiviti hari kedua kami di Bangkok. Balik hotel..solat dan rehat hingga selepas Maghrib baru rancang keluar semula.


Sunday, 18 September 2016


Padang Besar ke Hua Lamphong, Bangkok

Jam 7 malam, Train 36 mula gerak menuju  Bangkok. Staf keretapi mula bergerak memeriksa tiket penumpang. Ada staf seakan polis bantuan juga berada didalam keretapi waktu itu. Staf dari bahagian cafe juga mula bertanya penumpang , jika ada yang mahu buat tempahan makanan. Masuk waktu solat, saya dan isteri bergilir kebilik air untuk wuduk dan kami hanya solat diatas tempat duduk, jamak takdim. Apa yang seronok atas train seperti ini ialah, kita serba kekurangan.

tempat duduk dalam Train 36

ubahsuai tempat duduk jadi tempat tidur


Malam semakin gelap, tiada apa yang boleh nampak diluar tu. Beberapa penumpang lain telah minta staf keretapi untuk ubahsuai tempat duduk menjadi tempat tidur. Sebelum ini saya sudah pernah ambil tempat tidur perjalanan keretapi dari Segamat ke KL Sentral.Tapi yang ini, tempat tidur yang diubahsuai, maka adalah kekurangan nya. Tiada masalah bagi saya dan isteri untuk tidur kali ini.

Waktu subuhnya, Train 36 ini telah samapi daerah Hua Hin, yang popular dikalangan pelancung. Train 36 berhenti sebentar di sini. Peniaga jalanan berlumba-lumba naik untuk menjaja - pulut ayam, buah potong dan beberapa kuih tempatan. Apabila seorang peniaga itu mengaku dia Islam, maka saya beli lah sebungkus pulut ayam, sekadar mahu mencuba rasa. Tapi saya dan isteri tak boleh makan kerana bau nya sangat hanyir.

Pagi itu, kami masuk ke cafe, melihat apa yang boleh dimakan. Saya hanya minta dua gelas air panas ( untuk bancuh Nescafe 3 in 1 bawa sendiri) dan roti bakar dengan majerin. Makanan lain itu semua tidak halal. Cukup lah untuk alas perut hingga tiba Bangkok tengahari nanti.

Jam 2.30 ptg baru lah Train 36 itu sampai di stesen Hua Lamphong, Bangkok. Cuaca sangat panas ketika itu, hampir 40 C. Stesen Hua Lamphong pula bukan lah seperti KL Sentral yang berhawa dingin.
Stesen keretapi Hua Lamphong, Bangkok.
Tiba di stesen, saya terus mencari restoran halal. bertanya beberapa pengguna disitu, mereka menunjukkan saya restoran halal. Tiada pilihan, kami menikmati makan tengahari disitu, walaupun bersebelahan itu beberapa restoran tidak halal menjual makan secara terbuka.

Hotel penginapan @Hua Lamphnong yang telah saya tempah berada tidak jauh dari stesen, hanya diseberang jalan.
Tempahan saya buat secara online.

Lobby hotel

@Hua Lamphong
Selepas daftar masuk, tugas pertama saya ialah mencari arah kiblat, menggunakan kompas didalam gajet, kemudian double-check dengan arah kiblat yang ada dalam Muslim Pro Apps. Hotel ini sebenarnya sebuah hostel, banyak di huni oleh backpackers. Namun ia ada dua buah bilik double room. Bilik kami betul2 berhadapan dengan stesen keretapi. Cabaran seterusnya ialah mencari restoran halal untuk beberapa hari seterusnya. Saya sudah pun install Thai Halal restaurant directory, sebuah apps yang di sediakan oleh agensi pelancongan Thai. Petang itu kami berehat, keluar untuk makan malam selepas solat Maghrib nanti.







Sunday, 15 May 2016

Percutian ke Bangkok - dengan keretapi

Sejak beberpa lama dahulu saya menyimpan angan2 untuk menaiki keretapi jarak jauh. Sebelum ini, perjalanan dekat sudah biasa. Saya pun mula mencari maklumat secara atas talian. Carian Google menemukan saya dengan laman seperti www.seat61.com yang melambakkan hampir semua maklumat perjalanan keretapi didunia ini. Begitu juga, www.ktmb.com.my membantu saya mencari maklumat tepat jadual keretapi antara bandar negara kita. Saya juga bertambah teruja untuk menaiki keretapi jarak jauh bila baca pengalaman gadis ini di http://www.thevocket.com/itinerari-travel-dengan-keretapi-dari-malaysia-ke-chiang/ . Selepas berbincang dengan isteri, maka kami ke Bangkok dengan menaiki keretapi. Perjalanan ini di buat pada 11-16 Apr 2016 lalu. Ini lah catatan kami.

Bermula dengan menaiki komuter dari Klang ke KL pada pagi hari Isnin itu, kami bersainglah dengan ribuan pengguna lain yang hendak ketempat kerja. Komuter jam 7 pagi tiba di KL Sentral jam 8 pagi. Train ETS kami akan bertolak jam 9.15 pagi, sempat sarapan di KL Sentral.Jam 9.15 pagi ETS bergerak ke utara.
ETS dari KL Sentral ke Butterworth
Saya menanti perjalanan keretapi kerana mahu melihat suasana hijau tumbuhan disepanjang perjalanan.ETS meluncur dengan lancar pada kelajuan 140km/jam. Sesuatu yang seronok dalam perjalanan ialah makan. Alhamdulillah, makanan dalam ETS ini harganya berpatutan.

ETS terus bergerak melintasi tasik di Bukit Merah, suatu pemandangan yang indah. Tiba di Butterworth jam 1.15 thari, perjalanan transit ke coach lain. Coach komuter digunakan sebagai coach sementara bagi laluan dari Butterworh ke Padang Besar.

sawah padi di Kodiang, Kedah

Jam 6 petang kami tiba di Padang Besar, Perlis. Urusan imigresen berjalan lancar, tiada masalah. Saya sempat beli kad telefon prabayar untuk Thailand dari pekerja keretapi Thai di dalam komuter tadi, RM20 untuk seminggu. Di Padang Besar, keretapi Thailand iaitu Train 36 akan bergerak ke Bangkok pada jam 7.00 malam, sempatlah kami makan di cafe stesen Padang Besar. Makanan dalam keretapi Thai adalah tidak halal. Saya dan isteri rehat sambil menunggu Train 36 untuk ke Bangkok.