Tuesday, 18 October 2016


Pasar terapung Amphawa


Melawat kota Bangkok dikatakan tidak lengkap jika tidak melawat mana2 pasar terapung yang ada di sana. Ada beberapa pasar terapung di sekitar kota Bangkok. Saya juga telah mencari maklumat pasar terapung sebelum tiba di Bangkok. Pada hari kedua di Bangkok, kami telah melawat salah sebuah pasar terapung ini. Ia nya agak jauh dari kota Bangkok, arah selatan.

Selepas sarapan pagi di sebuah gerai berdekatan masjid, saya mengambil teksi untuk ke Amphawa. Tambang pergi balik ditawarkan sebanyak B100, yang saya anggap lebih murah dari beberapa tawaran yang saya terima daripada ulat teksi semasa tiba di stesen keretapi kelmarin.

sarapan di sini sebelum menuju Amphawa Floating Market


Perjalanan ke Amphawa sejauh 90 KM biasanya sangat memenatkan atas faktor kesesakan jalanraya. Namun hari itu, saya di permudahkan. Syukur Alhamdulillah. Tiada banyak kenderaan kerana cuti songkran, itu pun mengambil masa kira2 70 minit untuk tiba di Amphawa.

Kira2 jam 11 pagi tiba di Amphawa, matahari sudah panas terik. Pemandu teksi yang baik ini menurunkan kami dan menunjukkan beberapa laluan untuk memasuki lorong pasar di sini. Kami melalui lorong sempit ala rumah setinggan, meniti beberapa titi papan yang melendur bila di lalui. Rumah-rumah penginapan dan rumah kedai ini rupanya membelakangkan tempat meletak kenderaan. Bahagian hadapan premis semua nya menghadap sungai, yakni pasar terapung.

Kami memilih untuk naik sampan terlebih dahulu untuk melihat seluruh kawasan sungai. Hanya kami berdua sahaja atas sampan ketika itu dengan bayaran B90 satu sampan. Adalah suatu imej yang biasa bilamana kita menyusuri sungai dinegara sebelah sini, tidak dapat lari daripada melihat sesuatu yang tidak nyaman...ha..ha..

kedai jualan sepanjang tepian sungai Amphawa


Selepas 20 minit, kami tiba semula di kawasan pasar. Perut terasa lapar, tapi nak makan apa? Ada beberapa peniaga pasta dan makanan berasaskan noodle. Tak boleh makan, tiada keyakinan halal. Apa yang saya boleh 'terima' ialah grilled seafood seperti sotong bakar, udang bakar.

sotong dan udang bakar Amphawa floating market

Seafood ni sekadar alas perut sahaja. Hari semakin panas, kami balik semula ke Bangkok. Tidak jauh dari kawasan ini, perusahaan garam adalah industri utama. Kiri dan kanan jalan kelihatan kolam air laut yang dibiarkan terjemur oleh panas matahari dan menghasilkan garam yang memutih di permukaan air. Saya tidak berkesempatan mengambil gambar di sini.













Tiba  di Bangkok, kami terus mencari kedai makan halal yang telah di kenalpasti dari Google Search dan laman Thai Halal Food. Kedai makan pak Arab ini berada di kawasan Pratunam yang amat sibuk sebagai pusat shopping ala Bukit Bintang di KL. Merayau di Amphawa Floating Market, tapi makan tengahari di Bangkok...ha..ha. jauh tu.



Restoran Arab...ada juga kangkong belacan..he..he. Saya memang nak makan nasi, tapi isteri order roti Arab berlauk kambing tu.

Melawat Amphawa Floating market dan makan tengahari di restoran Arab hari itu melengkapkan aktiviti hari kedua kami di Bangkok. Balik hotel..solat dan rehat hingga selepas Maghrib baru rancang keluar semula.


No comments:

Post a Comment