Menyusuri Selat Bhosporus
Kata mereka yang telah menjejaki bumi Anatolia ini...tidak lengkap jika tidak menyusuri Selat Bhosporus. Kesempatan berada diatas cruise boat menyusuri selat yang membelah dua benua adalah saat seronok berada di Istanbul. Kiri kanan selat adalah lanskap indah yang dipenuhi taman dan bangunan bersejarah yang tidak ternilai. Rumah kediaman pula adalah dari jenis banglo tersegam indah yang bernilai jutaan ringgit. Menurut Jihan, ada selebriti Hollywood yang bersedia membayar RM200 TL ( RM340 juta) untuk sebuah banglo di lereng Selat Bhosporus.
| sebelum menaiki cruise boat |
Setalah berada diatas cruise.. apalagi..masing-masing pun bergambar sakan. Campakkan pop corn atau twisties ke air dan lihat terpaan camar yang berebut-rebut makanan tersebut. Di selat ini terdapat beberapa floating restaurant yang dipenuhi Mat Saleh. Mereka pelanggan utama.
Beberapa ketika kemudian cruise boat kami melintasi jambatan yang merentasi dua benua ini.
| Jambatan Ataturk menghubungkan Asia dan Eropah |
Turun dari boat, Jihan menasihati kami untuk memeriksa segala barangan peribadi kami kerana waktu untuk menaiki bas kelapangan terbang telah tiba. Jam 11.30 pagi kami telah sampai ke Ataturk Havalimani. Kami berjumpa lagi kumpulan pelancong Malaysia yang sama-sama datang minggu lalu, tapi dianjurkan oleh sebuah syarikat lain.
| Di Ataturk Havalimani..beberapa ketika sebelum menaiki pesawat ke KLIA. |
Secara peribadi, saya puashati dengan lawatan ini. Bumi Anatolia memang indah. Lanskap luar bandarnya amat cantik dan nyaman. Andaikata saya punyai pilihan untuk hijrah dan bermastautin di luar negara.. inilah bumi pilihan saya yang berada dalam ranking kedua. Sudah tentu nya bumi Mekah adalah pilihan pertama.
Setelah berada di Malaysia, kerap juga saya melayari laman Web melihat-lihat gambar menarik dari Turkiye
![]() |
| Silk House ...di Bursa, seakan Pasar Seni di KL |
