Percutian ke Bangkok - dengan keretapi
Sejak beberpa lama dahulu saya menyimpan angan2 untuk menaiki keretapi jarak jauh. Sebelum ini, perjalanan dekat sudah biasa. Saya pun mula mencari maklumat secara atas talian. Carian Google menemukan saya dengan laman seperti www.seat61.com yang melambakkan hampir semua maklumat perjalanan keretapi didunia ini. Begitu juga, www.ktmb.com.my membantu saya mencari maklumat tepat jadual keretapi antara bandar negara kita. Saya juga bertambah teruja untuk menaiki keretapi jarak jauh bila baca pengalaman gadis ini di http://www.thevocket.com/itinerari-travel-dengan-keretapi-dari-malaysia-ke-chiang/ . Selepas berbincang dengan isteri, maka kami ke Bangkok dengan menaiki keretapi. Perjalanan ini di buat pada 11-16 Apr 2016 lalu. Ini lah catatan kami.Bermula dengan menaiki komuter dari Klang ke KL pada pagi hari Isnin itu, kami bersainglah dengan ribuan pengguna lain yang hendak ketempat kerja. Komuter jam 7 pagi tiba di KL Sentral jam 8 pagi. Train ETS kami akan bertolak jam 9.15 pagi, sempat sarapan di KL Sentral.Jam 9.15 pagi ETS bergerak ke utara.
![]() |
| ETS dari KL Sentral ke Butterworth |
ETS terus bergerak melintasi tasik di Bukit Merah, suatu pemandangan yang indah. Tiba di Butterworth jam 1.15 thari, perjalanan transit ke coach lain. Coach komuter digunakan sebagai coach sementara bagi laluan dari Butterworh ke Padang Besar.
![]() |
| sawah padi di Kodiang, Kedah |
Jam 6 petang kami tiba di Padang Besar, Perlis. Urusan imigresen berjalan lancar, tiada masalah. Saya sempat beli kad telefon prabayar untuk Thailand dari pekerja keretapi Thai di dalam komuter tadi, RM20 untuk seminggu. Di Padang Besar, keretapi Thailand iaitu Train 36 akan bergerak ke Bangkok pada jam 7.00 malam, sempatlah kami makan di cafe stesen Padang Besar. Makanan dalam keretapi Thai adalah tidak halal. Saya dan isteri rehat sambil menunggu Train 36 untuk ke Bangkok.

