Wednesday, 18 June 2014


Tashkent: lawatan bandar di musim sejuk

Hari ini  2 Feb 2014, seluruh bandar Tashkent di litupi salji. Dari bilik di tingkat 9 Shodlik Palace Hotel, kelihatan pagi itu agak gelap kerana salji masih turun tanpa henti sejak kelmarin. Oleh kerana sekarang ini bukan musim pelancongan, banyak tempat pelancongan di tutup. Kedai dan pusat tumpuan jual beli semuanya dibuka agak lewat.
hotel penginapan di Tashkent

Selepas sarapan, kira-kira jam 9 kami mulai menaiki bas untuk melihat-lihat Tashkent. Kenderaan bergerak perlahan kerana jalanraya licin, dipenuhi salji. Lokasi pertama yang ditujui, muzium tarian; di tutup kerana mereka tidak menjangka akan ada pelancong mahu kesana pada ketika ini. beberap lagi pusat lawatan, kompleks budaya juga di tutup atas alasasn yang sama. Sebelum ke Uzbekistan, saya sudah membuat sedikit tinjauan Internet mengenai apa yang ada di Tashkent, tentu nya Chorsu bazaar. Oleh kerana masih awal pagi lagi, bas membawa kami bersiar-siar ke beberapa lokasi menarik antaranya beberapa monumen peringatan . Antaranya tugu kemerdekaan, tugu pekerja, tugu wanita dan beberapa lagi yang saya dah lupa. Semua monumen ini mempunyai kisah nya yang berkaitan dengan kehidupan orang-orang Uzbek.

laluan masuk Chorsu Bazaar

Masjid Imam Hazrati

pusat beli belah 
makan tengahari @ Tashkent

Tashkent di litupi salji

solat jamak Maghrib dan Isya' disini sebelum ke airport
Singgah dinner sebelum ke airport

sampai masa untuk terbang balik 

Mendarat di KLIA jam 6.30 pagi, bergegas ke tandas dan mencari surau... Alhamdulillah, sempat Subuh di terminal. Suatu perasaan yang sukar di tepis ialah saya rasa kehilangan beberapa sahabat yang bersama dalam pakej tersebut. Cik Fifi bagaimana pun telah melakukan sesuatu yang baik bagi kami semua iaitu dia telah emel kepada kami maklumat semua ketua keluarga agar kami boleh terus berhubungan. Cik Fifi juga telah muat naik gambar-gambar dari lensa nya sendiri ke laman Facebook syarikat.... Good work Fifi !.

Gambar-gambar lensa Cik Fifi telah dimasukkan dalam facebook POTO TRAVEL. Boleh click di link ini :-






Monday, 2 June 2014

Dari Samarkand ke Tashkent

Jam 8.30 pagi kami sudah bersiap untuk menaiki bas menuju Tashkent. Fifi sempat mengabadikan beberapa shot peserta di perkarangan hotel sebelum bas bergerak.


Bas melalui bandar lama Samarkand, kawasan seluas kira-kira 250 hektar bandar lama yang telah dimusnahkan oleh tentera Monggol pada kurun ke 13. Setiba bas di checkpoint keluar bandar, semua kenderaan di minta berpatah semula kebandar kerana jalan utama ke Tashkent telah ditutup kerana timbunan salji. beberapa meter di hadapan bas kami, sebuah lori dengan muatan telah tergelincir ke longkang di bahu jalan kerana jalan ber ais dan sangat licin. 

Kami di hantar semula ke hotel sementara Mr. Bachrom mencari tiket keretapi ke Tashkent. Hari itu kami 'terkurung' sahaja di hotel kerana salji masih turun dengan agak kuat sepanjang hari itu.

Jam 4.30 ptg kami di bawa ke stesen keretapi di Samarkand. Petang tu lebih ramai orang kerana semua jalanraya telah di tutup, tiada pilihan perlu naik keretapi ke Tashlent. Bullet Train yang di jadualkan telah di tukar dengan keretapi biasa kerana bilangan penumpang yang lebih ramai.
Stesen Metro Samarkand : keretapi ke Tashkent

Jam 6.30 ptg keretapi bergerak dan dalam tiga jam sampai di Tashkent. Sehingga tiba di Tashkent, salji masih lagi turun dan menutupi keseluruhan stesen. Sejuknya... Allahuakbar !

Bas sedia menunggu kami dan membawa kami untuk makan malam.. pada jam 10.malam. Jalanraya sudah lengang.


makan malam sebaik tiba di Tashkent


Menu makan malam seperti biasa, ada sup, roti kering, salad sayuran, dan ikan. Makan ajer la walaupun badan sangat letih dan mahu cepat tidur. Selepas makan, kami check-in di hotel Shodlik Palace, Tashkent.
Shodlik Palace : hotel penginapan di tashkent

Selamat malam...

Wednesday, 2 April 2014

Samarkand - lawatan bandar

Pagi ini cuaca lebih sejuk dari dua hari yang lalu. Melangkah keluar dari hotel, saya sudah memasukkan tangan kedalam kocek winter coat. Tempat pertama di tuju hari ini ialah Ulugbek Observatory, sebuah menara kaji bintang yang ulung dalam sejarah negara ini. 

Ulugbek Observatory

papan tanda maklumat seluruh kawasan kompleks kaji bintang Ulugbek
Pelawat diberikan penerangan dengan jelasnya tentang segala artifak dan bahan pameran di sini, betapa di zaman pemerintahan Ulugbek, beliau sangat menghayati ilmu kaji bintang dan menumpukan perhatian mendalam mengenai nya.

Beredar dari sini, kami singgah di sebuah kompleks tanah perkuburan Shakhi Zindeh. Di sini bersemadi kalangan kerabat keluarga pemerintah dan juga salah seorang sepupu Rasulullah iaitu Qusam ibnu Abbas, yang terpahat nama nya di salah satu ruang di makam ini.

pintu masuk ke Shakhi Zindeh

Papan tanda sebelum masuk ke pusara Qusam ibnu Abbas
Di seberang jalan hadapan pula ialah sebuah masjid besar iaitu masjid Bibi Khonum. Semua masjid di Uzbekistan mempunyai rekabentuk yang sama. Saya tidak pasti samada ianya masih digunakan sebagai tempat solat atau hanya sebagai tapak lawatan.

Masjid Bibi Khonum Samarkand
Bersebelahan dengan masjid ini ialah pasar awam Samarkand. Waktu ini hujan mulai turun dan suhu juga turun hingga 0 Celcius. Kami memasuki pasar dan dinasihatkan untuk berjumpa semula dalam masa 1 jam setengah. Kedatangan pelancong diluar musim panas memang menarik perhatian penduduk tempatan, apatah lagi peniaga di pasar awam. 

kesejukan sebelum masuk ke pasar awam Samarkand
buah-buahan kering tempatan
Tengahari itu kami di bawa ke Restoran Registon ( tidak sama dengan Hotel Registon), sebuah restoran biasa sahaja, tetapi berada betul-betul di hadapan Registon Square yang sungguh popular di Samarkand.

Makan tengahari kami di sini.
Menyeberangi jalan di hadapan restoran, adalah Registon Square, kawasan dataran yang amat popular dan di kunjungi semua pelancong ke Samarkand. Di dataran ini ada kawasan lapang yang luas dan tiga buah bangunan yang dahulunya adalah madrasah. Kini semua bangunan ini menjadi muzium dan jualan cenderamata dan koleksi barangan Uzbekistan.

Registon Square : masih dalam proses naiktaraf

salah satu bahagian dalam kubah yang disadur emas di Registon Square
Selepas meredah hujan dan kesejukan di Registon Square, kami dibawa ke Makam Emir Timur, seorang pejuang dan pemerintah empayar Uzbek yang ternama. 


Raja Amir Temur dan empayarnya di kurun 14
Menurut Mr. Bachrom, Raja Amir Temur adalah sangat taat agama, di kasihi rakyat dan dihormati oleh negara-negara lain di zaman nya. Ia dan beberapa ahli keluarga nya di semadikan di sini. Pernah suatu ketika sebelum perang dunia kedua, pusaranya digali oleh pemerintah komunis Rusia dan rangka nya di bawa ke Moscow. Dengan menggunakan kepakaran forensik, Moscow berjaya manghasilkan lakaran wajah Amir Temur pada tengkoraknya. Rakyat Uzbek percaya bahawa penghinaan terhadap rangka Amir Temur oleh Moscow, menyebabkan ia di landa bencana iaitu diserang oleh German. Kebetulan pula selepas didesak supaya kembalikan rangka itu kepada kerajaan Uzbek, Moscow telah memulangkan nya. Sehari selepas itu Rusia mengalahkan German dalam perang dunia kedua. 

Bagi saya agak sukar membuktikan kebenaran nya , namun bagi rakyat Uzbek, Amir Temur merupakan raja juga seorang ulama yang tidak boleh di perlakukan sebegitu. Keluar dari makam Amir Temur, hujan masih belum reda, walau pun tidak lebat. Hujan ais sebesar biji jagung menyebabkan jalan menjadi sangat licin. 

Sampai di hadapan hotel >> tu dia.. salji menutupi bumi Samarkand sekali lagi.

dari tingkap bilik penginapan >> salji menutupi jalan dihadapan hotel
Petang itu aktiviti bebas dan rehat. Makan malam jam 7.00 dan esok jam 9.00 pagi berada dalam bas untuk ke Tashkent.









Thursday, 27 March 2014

Dari Bukhara menuju Samarkand

Selepas sarapan, jam 8.30 pagi kami telah bersedia menaiki bas yang membawa kami ke bandar Samarkand. Cuaca pagi ini lebih sejuk dari semalam. Angin juga agak kencang, menambahkan lagi cengkaman sejuk. Mr. Bachrom dan pemandu bas juga telah sedia disitu.

daftar keluar Asia Bukhara Hotel untuk ke Samarkand
Jam 9.00 pagi bas gerak meninggalkan Bukhara. Mengikut jalanraya perjalanan dijangka kan selama 3-4 jam. Tiada sebarang masalah didalam kawasan bandar Bukhara, tetapi sebaik sahaja berada di luar bandar, jalanraya agak kasar dan berlubang. Bukan semua jalan berturap tar seperti lebuhraya PLUS. Apa pun ini lah kenyataannya bahawa Uzbekistan merdeka pada tahun 1990, baru 23 tahun merdeka. Keadaan ini mengingatkan saya negara kita pada awal tahun 1970an dulu. Saya suka melihat kehidupan diluar bandar. Akan tetapi tanah pertanian semua nya kosong waktu ini kerana musim sejuk.


peniaga epal dan delima di perjalanan
Menjelang waktu zuhur, bas tiba di bandar Samarkand. Tempat ziarah utama kami ialah makam Imam Bukhari. Makam dan taman nya sedang dalam proses baik pulih dan menambah kemudahan awam. Kami sempat solat jamak zuhur dan asar dimasjid dalam kawasan makam ini.Cabaran utama solat disini ialah wudhu' >> seperti air batu.

kompleks Imam Bukhari

kompleks Imam Bukhari

dibawah menara kubah biru inilah laluan ke pusara Imam Bukhari

laluan utama di komplek Imam Bukhari
Untuk makan tengahari hari itu, Mr. Bachrom bawa kami ke Restoran Samarkand, di tengah bandar.


menu tengahari: kebab @ Restoran Samarkand
Makan tengahari di restoran ni ...OK la. prata dgn kebab, sup ayam. Yang lain daripada apa kita biasa jumpa ialah, di aras bawah ada majlis tari menari a.k.a dance floor. Lepas makan kami check-in di Hotel Registon. Petang itu kami rehat jer.. aktiviti sendiri. Dinner jam 7.00.

penginapan di Samarkand @ Registon Hotel

dinner @ Registon Hotel
Petang hingga malam adalah aktiviti bebas, esok akan melawat bandar Samarkand.


Tuesday, 25 March 2014


Al Fatihah dan salam takziah




Walau apa pun puncanya, aku tetap mendoakan semua orang Islam didalam MH370 di rahmati Allah SWT.





Sunday, 23 March 2014

Bukhara: damai dan nyaman

Waktu solat subuh di Bukhara hari itu sekitar jam 6.10 pagi. Jam 7.00 pagi kami sarapan. Tour leader kami, Cik Fifi maklumkan supaya bersedia didepan hotel sekitar jam 9.00 pagi untuk lawatan hari itu.

Memulakan lawatan hari pertama: Bukhara City Tour 

Bas telah sedia menunggu di hadapan hotel semasa saya keluar pagi itu. Oleh kerana masih awal lagi, tour guide kami Mr. Bachrom membawa kami ke Bahouddin Naskhband Complex, seorang imam yang ternama di kalangan rakyat tempatan.

Bahouddin Naskhband Complex, Bukhara
Imam Bahouddin diriwayatkan telah pergi ke Mekah dengan berjalan, membawa bersama nya sebatang kayu sebagai tongkat. Sampai di suatu tempat, ia cuba meninggalkan tongkat itu, tetapi menurut riwayatnya, kayu itu berjalan mengekorinya. Kisah itu dinamakan sebagai "The Walking Stick' , namun kebenaran kisah ini tiada siapa dapat sahkan. Namun begitu, peninggalan 'walking stick' ini ada ditempatkan di kompleks ini.

Tunggul kayu besar 'the walking stick'
Keseluruhan kompleks Imam Bahouddin dalam proses baik pulih. Ia dianggap tempat suci dan dalam program persiapan jemaah haji Uzbek, mereka mesti datang kesini sebelum ke Mekah. Unsur senibina jelas menunjukkan cara hidup masyarakat Uzbek.

Maulana sentiasa membaca ayat suci al Qur'an secara tahfiz dan pelawat boleh menjamah makanan yang disedekahkan oleh pengunjung.

Binaan kolam suatu ketika dahulu sebagai tempat wudhu'
Selepas 1 jam di Kompleks Imam Bahouddin, bas bergerak ke Makam Ismael Samani. Kawasan ini juga dalam proses pemulehan dimana beberapa bahagian taman sedang di siapkan.

Salah satu monumen di Makam Ismael Samani
Bangunan diatas mempunyai keunikan tersendiri. Ia dibina dengan mengambilkira kedudukan ufuk matahari dan bulan pada sesuatu tarikh. Di suatu bucu bumbung kiri sebelah pintu utama terdapat dua lubang cahaya. Pada satu tarikh tertentu dalam setahun akan berlaku keadaan dimana cahaya bulan mengambang akan masuk melaluinya dan jatuh keatas satu tapak yang berada betul-betul ditengah lantai bangunan ini.

Kami terus bergerak ke Citadel Ark Fortress, sebuah istana merangkap kubu pertahanan sultan yang memerintah Bukhara dahulu, Minaret Kolon dan Grand Mosque Bukhara.

Citadel Ark Fortress, kini sebuah mercutanda sejarah Bukhara
Minaret Kolon ( madrasah empat menara)
Grand Mosque, Bukhara
Masjid utama Bukhara ini terletak di kawasan Old Grand Bazaar. Kawasan ini biasanya menjadi tumpuan pelancung kelihatan lengang kerana sekarang musim sejuk. Saya minat topi tempatan, lalu beli sebuah topi kulit arnab( RM80), sesuai menutup kepala dimusim sejuk.

Rabbit skin winter cap
Makan tengahari kami disajikan dengan nasi beriyani bukhara, di rumah persendirian, bukannya direstoran. Tuan rumah masak sendiri dan hidangkan makanan secara butik kepada tetamu yang telah membuat tempahan terlebih dahulu. ruang makan agak kecil, paling sesuai untuk 20 orang.

Hidangan tengahari > nasi beriyani Bukhara
Rupa dan rasanya tidaklah sama seperti yang ada kat Malaysia, tetapi itu lah saya cari iaitu bukan yang biasa. Nasi dihidang dalam satu mangkuk hidang besar dan dihiasi daging dan carrot diatasnya. Burrrrpp.. alhamdulillah.

Beberapa kedai yang kami lalui, kami dipanggil masuk oleh tuan punya kedai yang sentiasa mempelawa tetamu. Pintu kedai semuanya ditutup rapat bagi mengelakkan angin sejuk masuk Sehingga jam 5 petang barulah saya terasa sangat penat berjalan dan mengajak isteri pulang ke hotel untuk rehat. Sebenarnya kawasan Old Grand Bazaar ini hanya 20 meter dari hotel kami.

Makan malam kami di bawa ke kawasan Old Bukhara, ke Restaurant Karavan.


Dinner:  kebab @ Karavan Restaurant
Dinner di Karavan Restaurant, saya dan isteri duduk bersama Dato' Mislan dan Datin. Kebab tu OK, sedap, lain-lain tu salad, dan mesti nya sup dan buah potong.


Akan datang: menuju Samarkand