Sunday, 23 March 2014

Bukhara: damai dan nyaman

Waktu solat subuh di Bukhara hari itu sekitar jam 6.10 pagi. Jam 7.00 pagi kami sarapan. Tour leader kami, Cik Fifi maklumkan supaya bersedia didepan hotel sekitar jam 9.00 pagi untuk lawatan hari itu.

Memulakan lawatan hari pertama: Bukhara City Tour 

Bas telah sedia menunggu di hadapan hotel semasa saya keluar pagi itu. Oleh kerana masih awal lagi, tour guide kami Mr. Bachrom membawa kami ke Bahouddin Naskhband Complex, seorang imam yang ternama di kalangan rakyat tempatan.

Bahouddin Naskhband Complex, Bukhara
Imam Bahouddin diriwayatkan telah pergi ke Mekah dengan berjalan, membawa bersama nya sebatang kayu sebagai tongkat. Sampai di suatu tempat, ia cuba meninggalkan tongkat itu, tetapi menurut riwayatnya, kayu itu berjalan mengekorinya. Kisah itu dinamakan sebagai "The Walking Stick' , namun kebenaran kisah ini tiada siapa dapat sahkan. Namun begitu, peninggalan 'walking stick' ini ada ditempatkan di kompleks ini.

Tunggul kayu besar 'the walking stick'
Keseluruhan kompleks Imam Bahouddin dalam proses baik pulih. Ia dianggap tempat suci dan dalam program persiapan jemaah haji Uzbek, mereka mesti datang kesini sebelum ke Mekah. Unsur senibina jelas menunjukkan cara hidup masyarakat Uzbek.

Maulana sentiasa membaca ayat suci al Qur'an secara tahfiz dan pelawat boleh menjamah makanan yang disedekahkan oleh pengunjung.

Binaan kolam suatu ketika dahulu sebagai tempat wudhu'
Selepas 1 jam di Kompleks Imam Bahouddin, bas bergerak ke Makam Ismael Samani. Kawasan ini juga dalam proses pemulehan dimana beberapa bahagian taman sedang di siapkan.

Salah satu monumen di Makam Ismael Samani
Bangunan diatas mempunyai keunikan tersendiri. Ia dibina dengan mengambilkira kedudukan ufuk matahari dan bulan pada sesuatu tarikh. Di suatu bucu bumbung kiri sebelah pintu utama terdapat dua lubang cahaya. Pada satu tarikh tertentu dalam setahun akan berlaku keadaan dimana cahaya bulan mengambang akan masuk melaluinya dan jatuh keatas satu tapak yang berada betul-betul ditengah lantai bangunan ini.

Kami terus bergerak ke Citadel Ark Fortress, sebuah istana merangkap kubu pertahanan sultan yang memerintah Bukhara dahulu, Minaret Kolon dan Grand Mosque Bukhara.

Citadel Ark Fortress, kini sebuah mercutanda sejarah Bukhara
Minaret Kolon ( madrasah empat menara)
Grand Mosque, Bukhara
Masjid utama Bukhara ini terletak di kawasan Old Grand Bazaar. Kawasan ini biasanya menjadi tumpuan pelancung kelihatan lengang kerana sekarang musim sejuk. Saya minat topi tempatan, lalu beli sebuah topi kulit arnab( RM80), sesuai menutup kepala dimusim sejuk.

Rabbit skin winter cap
Makan tengahari kami disajikan dengan nasi beriyani bukhara, di rumah persendirian, bukannya direstoran. Tuan rumah masak sendiri dan hidangkan makanan secara butik kepada tetamu yang telah membuat tempahan terlebih dahulu. ruang makan agak kecil, paling sesuai untuk 20 orang.

Hidangan tengahari > nasi beriyani Bukhara
Rupa dan rasanya tidaklah sama seperti yang ada kat Malaysia, tetapi itu lah saya cari iaitu bukan yang biasa. Nasi dihidang dalam satu mangkuk hidang besar dan dihiasi daging dan carrot diatasnya. Burrrrpp.. alhamdulillah.

Beberapa kedai yang kami lalui, kami dipanggil masuk oleh tuan punya kedai yang sentiasa mempelawa tetamu. Pintu kedai semuanya ditutup rapat bagi mengelakkan angin sejuk masuk Sehingga jam 5 petang barulah saya terasa sangat penat berjalan dan mengajak isteri pulang ke hotel untuk rehat. Sebenarnya kawasan Old Grand Bazaar ini hanya 20 meter dari hotel kami.

Makan malam kami di bawa ke kawasan Old Bukhara, ke Restaurant Karavan.


Dinner:  kebab @ Karavan Restaurant
Dinner di Karavan Restaurant, saya dan isteri duduk bersama Dato' Mislan dan Datin. Kebab tu OK, sedap, lain-lain tu salad, dan mesti nya sup dan buah potong.


Akan datang: menuju Samarkand


No comments:

Post a Comment