Kota Bangkok yang kami lihat dan rasai
MBK Mall
Pengunjung kota Bangkok pastinya masuk ke mall ini. Tiada istimewanya mall ini berbanding Bukit Bintang Plaza di KL tu. Berbagai produk yang diragui ketulenan nya bergantungan di kakilima lot-lot kedai jualan dan diatas rak display mereka. Dari barangan berbentuk gajet, pakaian, hiasan peribadi, barangan elektrik....semua nya ada. Saya hanya melihat-lihat, tak beli pun sebab semua tu ada di hypermarket di Malaysia.
Kami masuk ke MBK mall ini selain nak melihat-lihat, juga nak ke sebuah restoran yang di syorkan oleh beberapa pengunjung yang pernah menjamu selera disini. Kalau tak silap saya, TripAdvisor juga pernah publish hal kedai makan di sini.
Nama restoran ini ialah Restoran Yana, di aras lima, iaitu aras yang menyediakan ruang makan, food court dan outlet makanan seumpamanya. Restoran ini di miliki oleh pengusaha dari Patani, menyediakan makanan halal. Dari segi rasa makanan, Alhamdulillah, saya dan isteri suka, harga juga tidak melampau. Makan berdua, ada tom yam udang, sup sayur campur, sayur belacan, sambal, air buah, ulam..cuma B45. Berbaloi la bagi kami.
![]() ![]() |
| makan malam di Restoran Yana, MBK Mall Bangkok |
Platinum Fashion Mall
Mall ini khusus menjual pakaian, lelaki, wanita dan kanak-kanak. Namun ada juga barangan lain seperti cenderamata dan mainan. Cantik di lihat, cantik di mata tapi anda tidak dibenarkan membelek-belek apatah lagi mencuba. Al kisahnya...cuba..terai...test ...tu tak da dalam kamus dorang kat sini. Pilih, tunjuk dan penjual akan ambilkan, terus bungkus. Dah beli tak boleh pulangkan atau tukar. Bila penjual tu kata tak bleh nak pegang-pegang, saya cakap kat isteri..jangan beli apa2 pun dari mall seperti ini. Kalau kat tempat kita, boleh hidup tak peniaga macam ni?
![]() |
| Pasar pagi Pratunam |
Kami ada juga berjalan-jalan disekitar mall ini yang sangat dikenali dengan Pratunam day market. Pasar pagi nya banyak di ceritakan dalam laman web. Pagi hari ketiga itu kami merayau-rayau di lorong-lorong yang penuh sesak dengan peniaga - sebut apa sahaja. Persaingan antara mereka sangat sengit. Saya di marahi oleh seorang peniaga di khalayak ramai hanya kerana memegang dua helai baju cotton yang saya ingin beli. Itu lah cara mereka. Kalau nak, tunjukkan, dan peniaga akan bungkus.
![]() |
| sandal yang berbagai warna di Pratunam @ B10 |
Siam Paragon
Mall ini setanding Pavillion di KL. Sebut apa sahaja produk import 5 bintang ada disini. LV, Gucci, Prada. Zegna, Burberry, Channel, Rado.....ada. Tapi saya tak cadang nak beli apa-apa, cuma nak masuk dan ambik gambar..ha..ha. Kami tiba di Siam Paragon ni agak awal, sebelum jam 10 pagi, sebelum ianya di buka. Ramai lah juga pengunjung yang duduk2 di luar menunggu. Sesebuah signature mall akan ada satu keunikan. Mall ini ada water fall wall di luar mall, dimana ramai pengunjung akan bergambar disini.
Restoran tidak halal ada di lower ground, di kunjungi oleh mat saleh dan juga dari Asia Timur. Tidak lama di sini, kerana kami perlu balik ke hotel untuk daftar keluar pada jam 12 nanti.
![]() |
| Waterfall wall Siam Paragon |
![]() |
| tak boleh miss punya...LV |










