Monday, 15 July 2013

Masjid Biru dan Topkapi Palace



Bagi semua pelancong samada tempatan atau antarabangsa, jika sudah sampai di Istanbul, pastinya akan melawat Masjid Biru yang menjadi mercutanda Istanbul. Pada hari Jumaat 26 April 2013, agenda lawatan kami ialah disekitar Istanbul. Selepas sarapan, jam 8 pagi kami sudah berada dalam bas untuk lawatan hari itu. Lokasi pertama pagi tiu ialah Masjid Biru yang tersergam kukuh diatas sebuah kawasan berbukit menghadap Laut Marmara. Dari dekat, warna biru jubin masjid ini tidak begitu kelihatan.


di halaman Masjid Biru
halaman Masjid Biru
tugu purba dari Mesir di halaman masjid
 
Masjid Biru ini mempunyai enam buah menara yang dibina khusus memperingati enam orang Sultan Ottoman yang menjadi pemerintah empayar Islam ini. Selepas Masjid Biru, kami melawat sebuah lagi monument penting di Istanbul iaitu The Virgin Mary. Asalnya bangunan ini ialah sebuah gereja namun telah diubahsuai menjadi sebuah masjid semasa zaman Ottoman dan kini menjadi sebuah muzium. Kini monumen ini dalam proses baikpulih.
 
dari sebuah gereja kepada sebuah masjid
 
 
Walaupun pengunjung tidak dibenarkan untuk menggunkan 'flash' kamera semasa didalam bangunan ini, namun penjaga muzium tidak mampu mengawal begitu ramai pengunjung diwaktu ini. Sana sini kelihatan cahaya kamera merakam kenangan unik di muzium ini.
 
Tidak jauh dari muzium ini, kami bergerak ke sebuah lagi monumen yang mesti dilawati iaitu Istana Topkapi yang merupakan istana kebanyakan sultan zaman Ottoman. Dibina diatas tanah tinggi, menghadap Selat Bhosporus, ianya sungguh strategik bagi mengawal laluan masuk kawasan seluruh Istanbul. Istana ini telah dijadikan pusat tarikan pelancong dimana ianya menempatkan pelbagai artifak sejarah Turkiye dan Islam itu sendiri. Disini juga disimpan kunci pintu Kaabah yang pernah digunakan suatu ketika dahulu. Disuatu bangunan diistana ini dipamerkan beberapa koleksi barangan emas dan permata yang pernah digunakan oleh para sultan Ottoman. Sebuah berlian 84 karat zaman kesultanan Ottoman juga dipamerkan disini.
pintu utama ke Istana Topkapi

kedai cenderamata Istana Topkapi

bangunan dalaman Istana Topkapi
 
Selepas penat berjalan disekitar bilik pameran, kami keluar menuju restoran untuk makan tengahari. Oleh kerana hari itu begitu ramai pengunjung di sekitar istana, maka bas tidak dibenarkan menghampiri kawasan istana. Kami berjalan kaki dilaluan sempit di celah-celah bangunan dan rumah-rumah lama yang diubahsuai menjadi hotel butik yang begitu cantik.
 
Tengahari itu kami dibawa kesbuah restoran yang agak istimewa untuk menikmati hidangan sebenar Turkiye - di restoran Keremkar Sofra. Seperti biasa, salad hijau sebagai pembuka menu dan diikuti dengan hidangan utama iaitu roti yang di makan bersama kuah pekat.
 
Apa pun kami makan aje lah...asalkan ianya makanan sihat dan mengenyangkan.
 
 
Selepas makan, kami tujui tempat yang dilawati oleh semua pengunjung ke Istanbul, iaitu Grand Bazaar. Rupanya seperti Pasar Seni di KL tu, tetapi ianya lebih besar. Jika nak masuk setiap lorong, dan melihat barangan disitu, tak cukup sehari suntuk disitu. Lalu sahaja dihadapan setiap lot peniaga, sudah pasti tangan kita ditarik untuk masuk kedalam untuk melihat dan seterusnya membeli barangan jualan disitu.
Grand Bazaar - nak cari apa?

 
Saya memang ada item yang mahu dibeli di bazar ini iaitu barangan kulit. Dapat lah juga beli sehelai talipinggang dan sehelai jaket 'lambskin'. Di KL, jaket kulit lembu pun tak kurang empat ribu tapi kat bazar ni dapatlah 500 duit kita, kulit anak biri-biri lagi. Kat Turkiye, mereka tak pakai jaket kulit lembu, ianya untuk ekspot sahaja. Mereka pakai lambskin kerana kualiti yang lebih baik dan sangat selesa dan lembut. Isteri pula suka kepada kraf seramik. Sempat juga la kami memilih beberapa item untuk dibawa pulang. Jam 5.00 petang kami berkumpul untuk naik bas pulang kehotel. Esok kami akan menaiki feri menyusuri selat Bhosporus, salah satu aktiviti yang sentiasa dinantikan oleh pengunjung ke Istanbul.
 
 
 
>> hari terakhir diIstanbul >>> menyusuri Selat Bhosporus