Wednesday, 2 April 2014

Samarkand - lawatan bandar

Pagi ini cuaca lebih sejuk dari dua hari yang lalu. Melangkah keluar dari hotel, saya sudah memasukkan tangan kedalam kocek winter coat. Tempat pertama di tuju hari ini ialah Ulugbek Observatory, sebuah menara kaji bintang yang ulung dalam sejarah negara ini. 

Ulugbek Observatory

papan tanda maklumat seluruh kawasan kompleks kaji bintang Ulugbek
Pelawat diberikan penerangan dengan jelasnya tentang segala artifak dan bahan pameran di sini, betapa di zaman pemerintahan Ulugbek, beliau sangat menghayati ilmu kaji bintang dan menumpukan perhatian mendalam mengenai nya.

Beredar dari sini, kami singgah di sebuah kompleks tanah perkuburan Shakhi Zindeh. Di sini bersemadi kalangan kerabat keluarga pemerintah dan juga salah seorang sepupu Rasulullah iaitu Qusam ibnu Abbas, yang terpahat nama nya di salah satu ruang di makam ini.

pintu masuk ke Shakhi Zindeh

Papan tanda sebelum masuk ke pusara Qusam ibnu Abbas
Di seberang jalan hadapan pula ialah sebuah masjid besar iaitu masjid Bibi Khonum. Semua masjid di Uzbekistan mempunyai rekabentuk yang sama. Saya tidak pasti samada ianya masih digunakan sebagai tempat solat atau hanya sebagai tapak lawatan.

Masjid Bibi Khonum Samarkand
Bersebelahan dengan masjid ini ialah pasar awam Samarkand. Waktu ini hujan mulai turun dan suhu juga turun hingga 0 Celcius. Kami memasuki pasar dan dinasihatkan untuk berjumpa semula dalam masa 1 jam setengah. Kedatangan pelancong diluar musim panas memang menarik perhatian penduduk tempatan, apatah lagi peniaga di pasar awam. 

kesejukan sebelum masuk ke pasar awam Samarkand
buah-buahan kering tempatan
Tengahari itu kami di bawa ke Restoran Registon ( tidak sama dengan Hotel Registon), sebuah restoran biasa sahaja, tetapi berada betul-betul di hadapan Registon Square yang sungguh popular di Samarkand.

Makan tengahari kami di sini.
Menyeberangi jalan di hadapan restoran, adalah Registon Square, kawasan dataran yang amat popular dan di kunjungi semua pelancong ke Samarkand. Di dataran ini ada kawasan lapang yang luas dan tiga buah bangunan yang dahulunya adalah madrasah. Kini semua bangunan ini menjadi muzium dan jualan cenderamata dan koleksi barangan Uzbekistan.

Registon Square : masih dalam proses naiktaraf

salah satu bahagian dalam kubah yang disadur emas di Registon Square
Selepas meredah hujan dan kesejukan di Registon Square, kami dibawa ke Makam Emir Timur, seorang pejuang dan pemerintah empayar Uzbek yang ternama. 


Raja Amir Temur dan empayarnya di kurun 14
Menurut Mr. Bachrom, Raja Amir Temur adalah sangat taat agama, di kasihi rakyat dan dihormati oleh negara-negara lain di zaman nya. Ia dan beberapa ahli keluarga nya di semadikan di sini. Pernah suatu ketika sebelum perang dunia kedua, pusaranya digali oleh pemerintah komunis Rusia dan rangka nya di bawa ke Moscow. Dengan menggunakan kepakaran forensik, Moscow berjaya manghasilkan lakaran wajah Amir Temur pada tengkoraknya. Rakyat Uzbek percaya bahawa penghinaan terhadap rangka Amir Temur oleh Moscow, menyebabkan ia di landa bencana iaitu diserang oleh German. Kebetulan pula selepas didesak supaya kembalikan rangka itu kepada kerajaan Uzbek, Moscow telah memulangkan nya. Sehari selepas itu Rusia mengalahkan German dalam perang dunia kedua. 

Bagi saya agak sukar membuktikan kebenaran nya , namun bagi rakyat Uzbek, Amir Temur merupakan raja juga seorang ulama yang tidak boleh di perlakukan sebegitu. Keluar dari makam Amir Temur, hujan masih belum reda, walau pun tidak lebat. Hujan ais sebesar biji jagung menyebabkan jalan menjadi sangat licin. 

Sampai di hadapan hotel >> tu dia.. salji menutupi bumi Samarkand sekali lagi.

dari tingkap bilik penginapan >> salji menutupi jalan dihadapan hotel
Petang itu aktiviti bebas dan rehat. Makan malam jam 7.00 dan esok jam 9.00 pagi berada dalam bas untuk ke Tashkent.