Salam,
Siapa yang tidak pernah mendengar ungkapan Tan Sri P. Ramlee yang memegang watak ahli nujum -- 1 banyak.., 2 sedikit.., 3 jarang-jarang.., 4 kadang-kadang... Ianya menyentuh tentang perkara kahwin, suatu perlakuan yang mendapat balasan baik dan amat digalakkan dalam Islam.
Kita juga biasa mendengar ungkapan bujang terlajak yang merujuk kepada lelaki lambat kahwin, dan andartu bagi perempuan yang juga lambat kahwin. Naluri manusia seperti juga makhluk yang lain adalah berkeinginan kepada pasangan. Tetapi hari ini dengan adanya pelbagai perubahan sosial, dilihatkan bahawa keupayaan untuk berkahwin seolah nampak bertambah sukar. Tentunya ada pelbagai alasan yang wajar dan tidak tepat bagi menyatakan mereka lambat kahwin.
Sudah ada yang pernah melontarkan cadangan: mengapa tidak perempuan meminang lelaki? Saya setuju dengan cadangan ini bahawa wanita yang lambat kahwin itu perlu memulakan langkah dengan meminang lelaki yang diminati. Butiran lengkap cadangan saya adalah seperti berikut.
Ali dan Fatimah adalah dua calon yang memohon jawatan pegawai disebuah jabatan. Mereka mempunyai kelayakan yang sama. Selepas temuduga, Fatimah berjaya manakala Ali terpaksa meneruskan kerja-kerja sampingan dikampung dengan pendapatan yang kecil. Jika dinilai dari kemampuan kewangan, maka Fatimah dalam kedudukan yang lebih baik. Saya cadangkan supaya Fatimah mengambil 'pakej' jawatan tersebut iaitu ia digalakkan meminang Ali. Andaikata
Ali yang mendapat jawatan itu dulu, sudah tentu tiada masalah baginya melaksanakan 'pakej' jawatan itu iaitu meminang Fatimah. Samalah juga jika Fatimah tidak memohon jawatan tersebut, maka Ali lah yang akan menjawatnya dan tiada masaalah baginya untuk meminang Fatimah. Bila Ali 'tidak bekerja' atau bergaji lebih rendah atau berjawatan rendah dari Fatimah, amat sukar baginya meminang Fatimah.
Apa yang saya lihat disini ialah, perlaksanaan 'pakej' tersebut. Jika semua perempuan 'tidak bekerja', yang lelaki sahaja bekerja, macam ibu bapa dan nenek kita dulu... bilangan dan peratusan andartu sangat kecil.
Mungkin ada yang tidak suka..namun bagi saya ianya suatu cadangan, siapa pun boleh memberi ulasan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment