Salam,
Hari ini sebagaimana biasa saya ke masjid untuk solat Jumaat. Sejak perubahan kerajaan di negeri ini, saya lebih kerap mendengar khutbah yang mempertahankan suatu pihak sambil memperlihatkan kerajaan terdahulu dan penyokongnya sebagai pihak yang serba tidak betul. Saya percaya ia tidak berlaku dimasjid ini sahaja, malah ditempat lain juga.
Khutbah hari ini menyebut soal qazaf, suatu istilah yang ramai diantara kita tidak arif. Tajuk khutbah itu juga menyorot situasi politik negara masa kini, khususnya masalah peribadi seorang pemimpin pembangkang. Mendengar khutbah tersebut seolah-olahnya saya mendengar ceramah dipentas parti politik pembangkang yang sedang mempertahankan seseorang. Bukan semua jemaah mempunyai tahap kecerdikan yang sama. Memang benar isi khutbah menjelaskan apakah itu qazaf serta keperluan kepada pembuktian melalui empat orang saksi, dan akibat daripada kegagalan jika gagal mengemukakan empat orang saksi.
Namun khutbah tidak menyebut bahawa tiada sesiapa pun yang menuduh ketua pembangkang itu telah melakukan zina. Saya merujuk kepada tulisan YB Zulkifli disini. Saya bukanlah begitu lembab untuk menerima begitu sahaja khutbah yang disampaikan tadi. Apakah begitu terdesak sekali pihak ini hingga menggunakn pula mimbar masjid untuk kepentingan, keperluan peribadi satu pihak. Sebaiknya sampaikanlah ilmu berkaitan qazaf ini tanpa memperlihatkan kenyataan yang menyokong satu pihak. Orang yang dipertahankan itu pun tidak bersih sebenarnya. Pihak inilah juga suatu ketika dulu begitu lantang memberi gelaran buruk dan hina kepada ketua pembangkang. Atas niat apa yang tidak diketahui, pihak ini juga begitu bersungguh-sungguh menyokong dan menjulangnya. Apakah balasan fitnah itu hanya ditujukan kepada orang-orang kerajaan? Mengapa tidak dikhutbahkan balasan terhadap pihak yang menuduh fitnah peimipin negara seperti DS Najib?
Saya mengharapkan khutbah, ceramah dan tazkirah yang diisi dengan ilmiah, tanpa perlu menyakiti, memperbodohkan jemaah. Apakah tuan penceramah tidak takut kepada balasan kerana turut sama mengulang sampaikan beberapa isi tidak benar? Walaupun hati saya tidak tenteram dengan khutbah atau ceramah seperti itu, saya maafkan mereka itu.
Sekian.
No comments:
Post a Comment