Dari Bolu ke Istanbul
Waktu subuh di Bolu pagi itu terasa begitu dejuk. Selepas solat subuh, saya membuka pintu bilik ke balkoni. Memijak jubin di balkoni seperti memijak air batu. Jam 7.00 pagi kami sarapan. Selepas sarapan, kemas beg dan sedia menaiki bas ke destinasi seterusnya. Jam 8.00 pagi kebanyakan peserta telah bersedia didalam bas manakala beberapa orang lagi merakamkan kenangan di Koru Hotel. Suasana waktu itu sungguh tenang, dingin dan damai.
Bas mula bergerak beberapa minit kemudian, memasuki lebuhraya utama di Turkiye. Lebuhraya enam lorong ini agak sibuk pada pagi itu. Saya patut memuji sikap pemandu di Turkiye ini atas kesopanan mereka. Keindahan lanskap dikiri dan kanan lebuhraya bertukar dari padang rumput kepada keadaan kontang berbatu dan berbukit bukau. Menurut Jihan, kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi di Turkiye dan disini juga terdapatnya sebuah resort untuk bermain ski. Dari lanskap berbatu, bertukar kepada tanah pokok pain.
Dua jam perjalanan, kami singgah sebentar disebuah stesen minyak - seperti mana biasa, untuk ke tandas bagi kebanyakan peserta. Melangkah turun dari bas, begitu ramai pengunjung restoran distesyen minyak itu yang memandang saya sambil berkata-kata dengan agak kuat. Melangkah masuk kerestoran, beberapa pekerjanya bersalaman dengan saya. Ada yang menunjukkan isyarat bagus, ada juga kata tidak bagus. Sebenarnya baju yang saya pakai menjadi perbualan mereka, iaitu jersi kelab Fenerbahce.
![]() |
| Jersi kelab bolasepak Fenerbahce, Istanbul |
Bas yang bergerak mula memasuki kawasana perbandaran Istanbul, yang begitu padat dengan bangunan perniagaan, industri dan perumahan. Istanbul didiami oleh 13.5 juta penduduk, berbanding 1.6 juta untuk Kuala Lumpur. Menurut Jihan, penduduk yang ramai menyediakan kos buruh yang murah diTurkiye. Dengan itu terdapat beberapa syarikat ternama Eropah membuka operasi pengeluaran produk mereka di Turkiye, terutamanya disekitar Istanbul. Jam 10.30 pagi bas kami telah pun berada di kawasan perniagaan utama di Istanbul. Persinggahan pertama ialah disebuah factory outlet barangan kulit terkemuka, Best Leather. Pengurusan Best Leather membuat satu sambutan istimewa untuk kami, iaitu leather fashion show secara live!. Kami dibawa ke galeri dan pentas pertunjukan dimana model-model mereka memperagakan pakaian yang diperbuat dari kulit. Syarikat ini juga menjadi pengeluar kepada jenama terkemuka seperti Gucci, Burberry dan Hermis. Sempat lah juga saya memilih sehelai jaket lamb skin yang bermutu tinggi,dikemaskan dengan lapisan satin, kualiti yang sama mereka hasilkan untuk Gucci. Isteri pula memilih sebuah beg tangan Hermis. Harga? Dengan kualiti yang sama, harga di KL 3 kali lebih mahal !
| di outlet Best Leather, Istanbul |
Selepas makan, kami dibawa ke Kompleks Masjid Sultan Ayub untuk melihat kesan sejarah masjid ini dan selepas itu ke Spice Market. Apa yang ada di Spice Market, sila klik disini.
| Spice Market di Istanbul |
| Spice Market |
Di Spice Market ini, terdapat ratusan kedai yang menjual pelbagai bahan harian, terutamanya rempah ratus masakan. Safron tulin dari Iran, harganya Turkish Lira 500 bagi 5 gram!. ( TL 100 = RM180). Kami hanya memilih beberapa makanan asli rakyat Turkiye iaitu Turkish Delight dalm pelbagai perasa. Sangat popular juga ialah Apple Tea, tetapi saya tidak beli kerana tidak berapa suka rasa masamnya. Di Spice Market juga saya menjadi tumpuan peniaga kerana jersi Fenerbahce yang saya pakai. Ini menjadi alasan mereka menarik saya kedalam kedai masing-masing, untuk promosi jualan mereka. Penat berjalan menyusuri lorong-lorong di pasar itu, saya singgah minum teh disebuah café, sambil makan roti dan pastri yang dijual. Sempat juga saya bertemu dan berbual-bual dengan beberapa lagi pelancong dari Malaysia, ada yang baru tiba dan ada juga yang akan pulang esok seperti kami.
Jam 5 ptg kami bergerak ke Hotel Ikbal untuk ckeck-in. Terletak dikawasan perniagaan utama Istanbul, hotel ini sesuai untuk pelancong, tetapi bukan untuk business trip. Lokasi dan suasana nya seakan Jalan Bukit Bintang di KL. Selepas mendaftar, makan malam ialah pada jam 6 petang. Kami adalah kumpulan pelancong pertama mendaftar masuk hari itu. Bebera ketika kemudian, kumpulan pelancong dari German pula mendaftar masuk. maka penuhlah ruang lobi hotel yang agak sempit itu.
Selepas solat jamak Zuhur + Asar, saya dan isteri ke dewan makan, ditingkat 8. Makan sambil menikmati panorama bandar dan laut Selat Bhosporus yang sibuk dengan kapal dagang dan feri.
Malam itu kami berjalan-jalan dikawasan sekitar hotel mencari penggurup wang kerana esok kami akan melawat beberapa lokasi tumpuan di Istanbul, dari pagi hingga petang. Suasana malam disitu, sangat dingin, dirancakkan dengan sahutan peniaga-peniaga jalanan yang menjual barangan makanan, pakaian dan perhiasan diri.
Sebenarnya kami dinasihatkan oleh Jihan supaya rehat dan tidur awal kerana esoknya program lawatan akan banyak berjalan. Tiba di hotel, tak jumpa pun ahli rombongan kami tu, agaknya dah tidur......
esok >>> lawatan sekitar Istanbul

No comments:
Post a Comment