Wednesday, 5 June 2013

Dari Bursa ke Pamukkale

Selepas sarapan, jam 8.30pagi kami naik bas dan mula bergerak. Cuaca dingin diluar hotel pagi itu sungguh nyaman. Dari Burcman Hotel kami bergerak ke Grand Mosque - jarak kira-kira 15 sahaja dari hotel tadi. Oleh kerana masih agak awal, maka tidak lah begitu ramai pengunjung di masjid ini. Kami luangkan masa kira-kira 40 minit di masjid ini sebelum bas terus bergerak keluar dari Kota Bursa. Sepanjang perjalanan ke Bandar Izmir, bunga-bunga tulip pelbagai warna menghiasi lanskap lebuhraya negara ini. Manakala di kawasan luar Bandar, kawasan pertanian terbentang luas sejauh mata memandang, berbukit bukau semuanya seakan padang rumput hijau.

Ladang cherry terbentang luas disepanjang perjalanan ke Denizli


Dari Izmir, destinasi kami seterusnya ialah ke Denizli. Sebelum tiba di Denizli, rombongan kami singgah untuk makan tengahari disebuah restoran lebuhraya. Ianya agak besar dan boleh menapung anggaran 200 tetamu. Bersama kami ketika lunch hari itu ialah beberapa buah bas lagi, antaranya dari German, Jepun dan juga rakyat tempatan. Jihan kata, menu kami hari itu adalah istimewa, disediakan khusus untuk pelancong yang singgah hari itu.


Menu utama lunch di Denizli


Hidangan green salad










Selepas lunch, bas bergerak ke tempat sebenar yang dituju - kota purba Hierapolis. Kota ini terletak didaerah Pamukkale. Beberapa kilometer sebelum sampai, kami sudah nampak sebuah lereng gunung bewarna putih. Laluan masuk itu pun telah penuh sesak dengan kenderaan pengunjung. Kota purba ini mempunyai sejarah yang hebat, menjadi tapak warisan dunia oleh UNESCO. Anda boleh Google - Hierapolis - dan bacalah keagungan kota ini.

Larutan sulfur tersejat menutupi lereng gunung di Hierpolis. 
Di sini kami menginap di Lycus River Thermal and Spa Hotel - bertaraf 4 bintang. Malam tersebut, hotel ini penuh, disertai juga rombongan pelancong dari German dan Jepun yang kami jumpa di restoran di Denizli tadi. Jihan sempat berpesan supaya tidur awal dan esok bergerak jam 8.00 pagi. Makan malam pada jam 6.30 petang, hidangan hampir sama - green salad, beberapa menu berasaskan daging dan buah-buahan pencuci mulut.

Jam 10 malam - selamat malam Pamukkale !.



1 comment:

  1. salam,boleh Tanya/ trip ini ikut pakej company mana ya?
    terima kasih.

    ReplyDelete